You are here: PERUBATAN | Moto Tahunan | Ilmuan Berbakti Teguh Sehati

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

E-mail Print PDF
User Rating: / 0
PoorBest 

Apakah tema PERUBATAN pada sesi 2012/2013 pada tahun ini?

  • Hasrat untuk melahirkan mahasiswa doktor yang betul-betul cintakan ilmu terutamanya ilmu perubatan (perubatan umum, farmasi dan pergigian) serta menguasainya
  • Hidup berbakti dan berganding bahu memikirkan kemaslahatan masyarakat, membuang sifat tidak pedulisme kepada masyarakat sekeliling.
  • Konsep lebih jelas agar sekumpulan mereka yang berilmu (graduan perubatan mesir) bertanggungjawab untuk bersatu hati dan bergerak seiring ke arah matlamat yang sama iaitu berusaha untuk memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada warga Malaysia hasilnya dari permata graduasi perubatan Mesir.

Kenapa tema ini dipilih?

  • Soroti tujuan penubuhan persatuan oleh abang dan kakak kami iaitu hasrat murni untuk menjaga kebajikan dan menyemarak kecemerlangan akademik dan sahsiah di kalangan mahasiswa perubatan Mesir
  • Maka tema pada tahun ini sebenarnya amat selari dengan hasrat mereka ini iaitu meliputi :
    • Elemen keilmuan dan intelektual
    • Elemen kebajikan
    • Elemen perpaduan dan kesatuan
  • Elemen ini disusun saling melengkapi dan praktikalnya dibawa di dalam setiap program dan aktiviti yang dirancang persatuan PERUBATAN

Apakah kesinambungan tema PERUBATAN pada tahun ini berbanding tahun yang lalu?

  • Tema yang terdahulu adalah “Mengungguli Kecemerlangan Mengerat Kebersamaan”
  • Perbezaan itu terletak pada 2 perkara :
    • Cemerlang dari sudut peperiksaan semata-mata dibawa kepada kecemerlangan akademik, emosi dan sahsiah dan ini merupakan konsep yang lebih syumul meliputi segenap aspek pembinaan individu dan masyarakat.
    • “Satu Keluarga, Satu PERUBATAN”:
      • Kebajikan adalah menjadi sasaran PERUBATAN iaitu dalam menyatukan mana-mana  peluang kelebihan yang ada dari sebahagian ahli untuk dikongsi bersama ahli yang kurang berkemampuan dan memperoleh kemudahan kehidupan di Mesir.

Apakah perancangan PERUBATAN dalam usaha mencapai tema ini?

  • Panel perancang PERUBATAN bertindak menyusun program dan aktiviti berdasarkan keperluan ahli selari dengan tema tidak lari dari aspek akademik, kebajikan dan kesatuan.
  • Aktiviti disusun bagi memenuhi ruang masa ahli agar manfaat keberadaan di Mesir tidak terbatas pada silibus buku semata-mata.
  • Aktiviti bukanlah bersifat ke”Kaherah” an semata-mata  tetapi program di cawangan sendiri bersifat mengisi lompang kekuatan cawangan lain dalam menyediakan kapasiti untuk berprogram bersama PERUBATAN.

Harapan kepada seluruh ahli PERUBATAN?

  • Kami mahukan dari anda :
    • Memberi kerjasama dan komitmen kepada persatuan.
    • Menyalurkan idea dan teguran membina  agar PERUBATAN tidak bergerak terpesong dari keperluan ahli dan tema yang ditetapkan.
    • Bersama menjadi tenaga pendokong dan penggerak kesatuan PERUBATAN.
  • Semuanya hanyalah kerana kami inginkan manfaat diperoleh oleh keseluruhan ahli bersama-sama.
  • Buat akhirnya, renung-renungkan kembali motto PERUBATAN iaitu “At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah”
    • BerTaqwa  kepada Allah di mana sahaja kita berada
    • Menjadi perantara penyembuh penyakit manusia yang terbaik meliputi rawatan fizikal dan rohani.
    • Menyalurkan perkhidmatan kesihatan secara mahabbah dan rahmah sebagai salah satu metod dakwah yang berkesan kepada masyarakat Malaysia

Sahutlah seruan dan cita-cita kami agar menjadi

“ILMUWAN BERBAKTI, TEGUH SEHATI”

Sekian.

Wan Ahmad Hafizi Bin Wan Ahmad Junaidi
Presiden PERUBATAN sesi 2012/2013


Banner

Tags:


Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat: