You are here: Peristiwa | Lokal | Penubuhan Organisasi PERUBATAN Kaherah (Bah.1)

Penubuhan Organisasi PERUBATAN Kaherah (Bah.1)

E-mail Print PDF
dihantar oleh faisazli
Rating: / 0
InferiorSuperior 

Umum mengetahui bahawasanya apabila sampai kepada waktu Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN, semestinya akan wujud satu usul yang akan menekankan pentingnya pemerkasaan gerak kerja PERUBATAN di peringkat Kaherah untuk ketiga-tiga universiti melibatkan universiti Kaherah, Ain Shams dan Al-Azhar.

Muhasabahnya seringkali sama, ternyata PERUBATAN Pusat di Kaherah tidak mampu memikul bebanan tugas yang besar sama ada sebagai Pusat, sebagai cawangan di Kaherah, bahkan pula dipisahkan gerak kerja kepada 3 universiti berbeza dan pada lokaliti yang berbeza.

Seringkali AJKT PERUBATAN Pusat merasakan bebanan yang agak berat untuk melaksanakan gerak kerja tersebut sehingga kadang-kala terdapat AJKT di cawangan mempersoalkan peranan PERUBATAN Pusat.

Efisien kerja amat rendah, hasil dari gerak kerja adalah tidak memberansangkan, dan semestinya perkara ini perlu diperbaiki untuk kemaslahatan PERUBATAN di masa akan datang. Realiti ahli PERUBATAN yang makin bertambah saban tahun telah membuatkan ahli dan pimpinan PERUBATAN menilai perkara yang sedang berlaku sebagai satu permasalahan yang perlu diselesaikan dengan kadar yang segera.

DSC 0283

Maka Mesyuarat Tahunan Kaherah pada Disember 2010 ternyata membuktikan peri pentingnya pemisahan organisasi kepada 3 universiti dengan terlulusnya sebuah usul yang diutarakan oleh ahli. Maka atas usaha keras barisan AJKT PERUBATAN, kertas kerja ini hadir untuk membawa penyelesaian kepada isu ini.

Apakah Organisasi PERUBATAN di Kaherah?

Gerak kerja PERUBATAN di Kaherah dipecah mengikut universiti iaitu Kaherah, Ain Shams dan Al-Azhar. Pemecahan gerak kerja adalah dengan menubuhkan organisasi PERUBATAN dengan AJKT terdiri daripada 21 orang dari setiap universiti.

OPU

Kenapa perlunya Organisasi PERUBATAN di Kaherah?

  • Melaksanakan usul penubuhan organisasi PERUBATAN mengikut universiti yang diluluskan di dalam Mesyuarat Tahunan Kaherah yang diadakan pada Disember 2010.
  • Meningkatkan keterikatan antara ahli sesama universiti melalui wadah PERUBATAN.
  • Meningkatkan kerjasama dengan universiti dan pengantarabangsaan bersama pihak universiti dan persatuan universiti.
  • Menambahkan kekuatan PERUBATAN di setiap universiti.
  • Menghasilkan gerak kerja PERUBATAN yang lebih lebih kemas dan efisien.
  • Menyelesaikan masalah universiti melalui kepimpinan PERUBATAN yang mengetuai organisasi universiti masing-masing.

akan bersambung, nantikan maklumat terbaru dalam paparan seterusnya melalui laman mediaPERUBATAN

hazwanrusli

Mohd Hazwan Bin Rusli

Setiausaha Agung PERUBATAN sesi 2011/12.


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

Bacaan Lain Dari Kategori IniPopular Sepanjang Zaman

Add comment

Comments from guests will be moderated. If you're PERUBATAN member, please Register to disable Captcha recognition and use full function of Comment. Thanks!


Security code
Refresh