You are here: Peristiwa | Berita Cawangan | Syanthoh Ramadhan,Satu Kelainan

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Syanthoh Ramadhan,Satu Kelainan

E-mail Print PDF
dihantar oleh balastix
User Rating: / 0
PoorBest 

Kafr El Dawa,29 Julai – Syanthoh Ramadhan yang pertama kalinya diadakan sempena Ihya Ramadhan (IHRAM) 2012 ternyata mendapat respons yang sangat baik daripada warga PCI.Hasilnya,sumbangan sebanyak LE8620.70  berjaya dikutip dalam  tempoh masa beberapa hari.

syanthoh-1024x682

Duit sumbangan tersebut digunakan untuk membeli keperluan asas seperti beras,makaroni,gula,minyak masak dan tepung.Selain itu,senaskah Al Quran dan kurma turut diberi.Program ini adalah kerjasama antara IHRAM dan Yalla Foundation, yang berpengalaman luas dalam aktiviti kemasyarakatan.

Syanthoh Ramadhan ini mensasarkan pemberian sumbangan kepada 200 keluarga fakir miskin sekitar perkampungan di Kafr El Dawa.Para sukarelawan telah memulakan aktiviti menyusun dan membahagikan barang-barang pada 27 dan 28 Julai yang mana setiap keluarga bakal menerima satu paket Syanthoh Ramadhan.

 

Konvoi sebuah  lori,sebuah van dan 5 buah motosikal membawa 23 orang sukarelawan bertolak ke Kafr El Dawa yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Asrama MARA bertolak pada jam 11.30 pagi,29 Julai.Turut serta ialah Pengerusi PCI,Muhammad Yadiy Abdullah,Pengarah IHRAM,Muhammad Shahir Mohd Nadzir dan wakil Yalla Foundation,Muhammad Erfan Edros.

Ketibaan sukarelawan disambut dengan meriah oleh warga kampung.Selepas menunaikan  solat zohor di masjid berdekatan,sukarelawan memulakan proses pengagihan Syanthoh Ramadhan ke 200 buah rumah dengan dibahagian kepada 3 kumpulan.Pengagihan tamat pada jam 3.00 petang.Walaupun tampak keletihan kerana cuaca yang panas dan dalam keadaan berpuasa mereka tetap bersemangat.

 

“Program Syanthoh Ramadhan ini wajar diteruskan pada masa akan datang dan menjadi sebahagian aktiviti kemasyarakatan yang perlu kita ceburi” komen Pengerusi PCI,Muhammad Yadiy Abdullah selepas ditemubual oleh krew mediaPERUBATAN yang turut hadir.

Pihak pelaksana program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan Syanthoh Ramadhan kali ini.

Item berkaitan:

  1. “BEAUTIFULLY DIFFERENT” SATU KELAINAN
  2. IHRAM (Ihya’ Ramadhan)
  3. Mesra Ramadhan PERUBATAN Bersama Rumah Anak Yatim Darul Izzah
  4. EM: Pengarah Baru Bawa Kelainan
  5. Harapan Ramadhan

Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru