You are here: Peristiwa | Berita Cawangan | Pencuri Bersiri Berjaya Diberkas

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Pencuri Bersiri Berjaya Diberkas

E-mail Print PDF
dihantar oleh balastix
User Rating: / 0
PoorBest 

harami

Sezostress Street,28 Mei – Seorang pencuri lelaki arab warga tempatan berjaya diberkas oleh sekumpulan mahasiswa Tahun 1 dalam satu  kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 pagi tadi di Asrama MARA.Kejadian yang berlaku  hasil tindakan berani mahasiswa terbabit berjaya menyelamatkan barang-barang mereka daripada dicuri.

Nasib malang pencuri apabila mahasiswa yang terserempak dengannya naik ke tingkat 2 dan ternampak dia sedang berada dalam salah satu bilik.Mahasiswa terbabit nekad mengejutkan rakan-rakannya yang sedang tidur dan merancang untuk menangkap pencuri terbabit.Hal ini turut dilaporkan kepada pekerja kafe asrama dan pegawai MARA yang berada di tingkat bawah.Menurut salah seorang mahasiswa,pencuri tersebut terlebih dahulu ke Tingkat 1  

kemudiannya naik ke Tingkat 2 apabila teserempak dengan salah seorang rakannya.Pada ketika itu,kebanyakkan mereka masih lagi tidur dan tidak sedar akan kehadiran pencuri terbabit.

Katanya lagi,ini adalah kali ketiga berturut-turut pencuri terbabit menyelinap ke asrama pada waktu awal pagi,kali pertama ialah pada hari sabtu,26 Mei yang telah menyebabkan kehilangan telefon bimbit,kad atm serta dompet duit,manakala kali kedua pada hari ahad 27 Mei,pencuri terbabit menyamar sebagai pekerja bagi membetulkan internet.

Akhirnya hasil kerjasama antara mahasiswa tahun 1,pekerja kafe asrama dan pegawai MARA,pencuri tadi berjaya diberkas dan dibawa ke balai polis yang berhampiran.Beberapa telefon bimbit serta kad atm yang dicuri  berjaya dipulangkan kembali.

mediaPERUBATAN : Diharapkan agar semua mahasiswa lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.Bagi mereka yang tinggal di rumah,pastikan tahap keselamatan rumah anda sentiasa terjamin.


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru