You are here: Peristiwa | Berita Induk | Ahli Terkandas Terpaksa Tanggung Kos Tinggi

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Ahli Terkandas Terpaksa Tanggung Kos Tinggi

E-mail Print PDF
dihantar oleh ashmun
User Rating: / 0
PoorBest 

Kaherah,15 Ogos - Beberapa orang ahli PERUBATAN telah terkandas dalam perjalanan pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah baru-baru ini.

Menurut mangsa, kejadian itu berpunca daripada masalah pasport kecemasan yang ketiadaan visa milik anaknya yang baru sahaja lahir kurang daripada 2 bulan di Mesir.

org beratur

Pada kebiasaannya, masalah sebegini dapat diselesaikan dengan menunjukkan sijil kelahiran dan beberapa dokumen penting. Namun, pegawai lapangan terbang berkenaan tetap berkeras untuk tidak membenarkan mereka menaiki pesawat meskipun segala dokumen telah ditunjukkan.

Menurutnya lagi, mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyelesaikan pembayaran tiket yang mahal disamping mereka juga telah menanggung kos rawatan bersalin beberapa bulan lalu.

“Ketika dimaklumkan kami amat terkejut dan kesal dengan peristiwa yang berlaku. Kita akan berusaha  mengadakan kutipan derma pada sesi kuliah yang akan datang memandangkan ketiadaan ahli di Mesir sepanjang cuti musim panas ini . Bantuan akan diberikan bagi mengurangkan beban mangsa dan keluarga” ujar saudara Muhammad Faiz Mujahid, Ketua Biro Kebajikan PERUBATAN.

PERUBATAN menyeru semua ahli untuk bersama-sama menderma bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa dan keluarga mangsa.


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru