Rantau Panjang,5 Ogos – Berakhirnya program Yahoo@beijing yang berlangsung selama 3 hari ini ternyata memberi 1001 manfaat kepada para peserta yang terdiri daripada ahli PERUBATAN dari pelbagai pelusuk universiti di Mesir.
“Yahoo@Beijing dapat membantu saya mengenali bidang perubatan dengan lebih luas, bukan setakat teori tetapi juga dari segi praktikal. Ianya juga membuka minda saya bahawa bidang perubatan bukan sekadar untuk mengubati penyakit malah ia juga sebagai medium untuk dakwah dan untuk bergaul dengan semua kelas masyarakat” komen Mohd Aqel Aref Bin Ishak, salah seorang peserta daripada Universiti Alexandria.
Antara aktiviti yang menarik di dalam program ini adalah aktiviti khidmat masyarakat di mana para peserta dibantu oleh barisan doktor-doktor daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia [PAPISMA] memberi perkhidmatan kesihatan secara percuma kepada penduduk-penduduk kampung. Peserta berpeluang mengasah kemahiran mereka mengambil tekanan darah dan memeriksa kadar gula dalam darah.
“Program seperti ini patut diakadan lagi pada masa hadapan kerana input yang diperolehi sangat bermanfaat. Kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan memudahkan program berjalan dengan lancar dari segi lokasi dan penginapan” ujar Nur Humaira’ Che Ibrahim Setiausaha Agung PERUBATAN ketika ditanya oleh krew MediaPerubatan.
Memetik kata-kata Mohd Nassaruddin Haji Daud, wakil Kerajaan Negeri Kelantan, pemuda seperti kalian haruslah mencontohi sifat Nabi Ibrahim A.S yang berpegang teguh pada kebenaran dan berani menyatakan yang benar. Seperti dalam peristiwa dahulu, beliau menghancurkan berhala-berhala yang disembah kaumnya serta bapanya ketika itu. Dan beliau bijak merancang stategi supaya Raja Namrud berfikir secara logik.
Pengarah program, Mohd Afnan Mohd Fakhrurazi katanya “Alhamdulillah, objektif program tercapai, peserta mengaplikasikan teori yang dipelajari semasa ceramah dan harapan pada masa hadapan agar program seperti ini dijalankan lagi dengan lebih persediaan dan mungkin di negeri lain pula.”

| < Prev | Next > |
|---|






