You are here: Peristiwa | Berita Induk | Shantah Ramadhan, Integriti Produk Madrasah Ramadhan

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Shantah Ramadhan, Integriti Produk Madrasah Ramadhan

E-mail Print PDF
dihantar oleh AinNabila
User Rating: / 0
PoorBest 

Kasr el- Ainy, 7 Ogos 2012 -  Buat julung kalinya, program mega anjuran Biro Pembangunan  Insan PERUBATAN, Shantah Ramadhan telah diadakan khas bersempena bulan Ramadhan El-Mubarak di bawah Sambutan Ihya’ Ramadhan (IHRAM `12) yang membuka peluang kepada ahli-ahli PERUBATAN khususnya untuk bersedekah kepada rakyat Mesir yang menjadi penghuni Hospital Universiti Kaherah.

Program ini telah bermula dengan mengadakan kutipan melalui pembukaan tabung Shantah Ramadhan di setiap kelas pengajian tafaqquh serta pemberian ikhlas yang diserahkan kepada wakil-wakil program ikhwah dan akhawat setiap universiti dan kepada AJK IHRAM`12. Jumlah kutipan sangat memberangsangkan dan berjaya mencecah sebanyak 7025.25 LE dan diagihkan kepada 282 bungkusan Shantah Ramadhan dengan peruntukan sebanyak 24 LE bagi setiap bungkusan yang berisi minyak, tomato puri, gula, garam, mee makarona, serbuk teh dan beras.

331662 10151014965758198 592758112 o

Kemuncak program Shantah Ramadhan menyaksikan kesemua 282 bungkusan telah selamat diagihkan kepada pesakit di Hospital Universiti Kaherah Kasr el Aini pada 4 Ogos 2012. Acara bermula pada jam 2.30 petang dengan pengumpulan 51 orang sukarelawan  di dataran berhadapan Hospital Universiti Kaherah dan pemindahan bungkusan shantah dari Markas PERUBATAN Abou Risy. Acara gemilang ini dimeriahkan  lagi dengan kehadiran Dekan Universiti Kaherah, Prof. Dr. Husein Khairy, Dr. Heba Mustafa, pakar Internal Medicine dan Dr. Hala Salah el Din Talaat, pakar Paediatric. Turut hadir, Presiden PERUBATAN, Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi beserta kedua-dua timbalan beliau dan barisan AJKT PERUBATAN sesi 2011/2012.

334914 10151014969343198 1111905289 o

Para sukarelawan yang terdiri daripada ahli PERUBATAN dari ketiga-tiga universiti telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan seterusnya mula bergerak dengan lancar pada jam 3.15 petang menuju  ke wad-wad tertentu seperti wad Internal Medicine, wad Orthopedic, wad Opthalmology dan wad Nephrology. Acara ini justeru memupuk sikap kerjasama serta menjalinkan ukhwah Islamiah antara sukarelawan yang hadir dan barisan kepimpinan PERUBATAN dengan masyarakat Mesir yang sejajar dengan objektif IHRAM`12.

“Saya merasa sungguh kagum dengan tindakan kalian memberi bantuan kepada pesakit kami seterusnya berpeluang melawat pesakit kami di hospital ini. Ini merupakan kali pertama program sebegini diadakan disini (Hospital Universiti Kaherah) dan diadakan oleh pelajar-pelajar Malaysia. Terima kasih kepada semua pelajar-pelajar daripada Universiti Ainshams dan Universiti Al-Azhar yang sudi hadir ke Universiti kami. Aktiviti yang baik seperti  ini perlu diteruskan pada masa akan datang inshaALLAH.” kata salah seorang doktor di hospital Kasr el- Ainy.

219862 10151014970573198 1803663202 o


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru