You are here: Peristiwa | Berita Induk | [Yahoo!] YB Dato' Haji Abdul Fattah Meriahkan Perasmian YAHOO! @ Beijing

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

[Yahoo!] YB Dato' Haji Abdul Fattah Meriahkan Perasmian YAHOO! @ Beijing

E-mail Print PDF
dihantar oleh AinNabila
User Rating: / 0
PoorBest 

Rantau Panjang, 4 Ogos - Program khidmat masyarakat yang lebih mesra dalam kalangan ahli dengan nama YAHOO! @ Beijing, sudah memasuki hari kedua selepas acara perasmian melabuhkan tirai pada 3 Ogos yang lalu. Bertempat di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, program ini telah dihadiri oleh seramai 100 pelajar dan 21 orang AJK Pelaksana dan bakal berakhir pada petang 5 Ogos yang akan datang. 

 
Majlis gilang-gemilang tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan alu-aluan daripada wakil PERUBATAN yang hadir, Saudara Ahmad Kamil bin Ahmad Fahmi, Ketua Biro Perumahan 2012/2013. Dalam ucapan, beliau memberi penerangan serba sedikit perihal program tersebut serta latar belakang PERUBATAN secara ringkas. Beliau juga menyeru kepada semua peserta agar memanfaatkan pengisian program ini secara maksimum yang mungkin.
 
DSC 0207
 
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Encik Abdul Aziz bin Yunus , Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kelantan yang sangat gembira untuk hadir pada program tersebut. Selaku penganjur penuh pada program PERUBATAN kali ini, beliau menyifatkan program ini sebagai langkah awal untuk semua peserta mendalami lebih banyak ilmu praktikal terutamanya dalam bidang perubatan. Mengulas ucapan beliau mengenai perbezaan program ini, terlalu banyak 'many' yang ditambah untuk memberi kelainan kepada program ini berbanding tahun lepas seperti program khidmat masyarakat, majlis berbuka puasa, tadarus al-Quran dan ceramah Palestin.
 
DSC 0247
 
Acara kemuncak mengambil tempat dengan mempersilakan Yang Berhormat (YB) Dato' Haji Abdul Fattah bin Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyampaikan amanat dan ucapan. Beliau dengan wajah berseri-seri merakamkan kegembiraan yang amat dengan kedatangan peserta. Dalam ucapan beliau menegaskan kepentingan untuk menjadikan islam sebagai cara hidup terutamanya dalam bulan Ramadhan ini. 
 
"Antara perkara yang perlu dilakukan adalah memahami bahasa al-Quran kerana kita tidak mampu untuk menjadi seorang pendakwah dan pemimpin yang baik tanpa menguasainya." Beliau juga berpesan agar semua peserta sedar akan peranan masing-masing sebagai pelajar, doktor dan pemimpin pada masa hadapan. " Wajib ke atas kamu hidup berjemaah" ulang beliau berulang-ulang kali. Ucapan berakhir dengan bacaan beberapa kerat pantun oleh Yang Berhormat mengenai kepentingan menjadikan islam sebagai cara hidup. 
 
Majlis diakhiri dengan penyempurnaan gimik perasmian oleh Yang Berhormat Dato' Haji Abdul Fattah, tayangan video perasmian serta penyampaian cenderahati kepada dif-dif kehormat yang hadir. Peserta akhirnya dilepaskan untuk membuat persedian untuk berbuka dan bersolat maghrib.  

Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru