Salah Salem, 26hb Julai- 90 orang pelajar universiti Ainshams berjaya menamatkan Basic Clinical Course yang dianjurkan oleh unit akademik organisasi PERUBATAN Universiti (OPU) Ainshams di COMPASS center, Salah Salem semalam.
Program ini bermula sejak 17hb Julai yang lalu dan dibahagikan kepada 3 sesi, dan setiap sesi hanya terdiri daripada 30 orang pelajar. Bagi setiap sesi, pelajar dipecahkan lagi kepada 3 kumpulan kecil bagi memudahkan urusan tenaga pengajar.
Antara yang menarik dalam Basic Clinical Course ini adalah setiap pelajar diajar dan diberi peluang untuk membuat intravenous, cannula, advance stitches, arterial blood gasses injections, airway management (CPR + choking), nasogastric tube, urinary catheter, endotracheal tube, chest tube.

Ternyata program ini mampu menambahkan kemahiran praktikal dalam diri pelajar apabila setiap individu diberi peluang untuk melakukan semua kemahiran yang diajar. Tenaga pengajar yang sangat professional memberikan sepenuh perhatian kepada setiap pelajar yang berlatih tanpa rasa jemu bagi memastikan tiada pelajar yang melakukan kesalahan .
“ Basic Clinical Course mampu memberi pendedahan awal kepada kami khususnya pelajar yang bakal melangkah ke clinical year mengenai skills yang sepatutnya dimiliki oleh para doktor. Kursus secara praktikal ini mungkin boleh menjadi salah satu cara untuk melatih doktor keluaran Mesir menjadi lebih hebat daripada segi praktikal, dan bukan teori semata- mata, “ kata salah seorang peserta Nor Safirah bt Omar pelajar tahun 3 universiti Ainshams.
Program seperti ini mampu melahirkan ahli- ahli PERUBATAN yang cemerlang bukan daripada segi teori saja malah praktikal pelajar juga.
| < Prev | Next > |
|---|







Comments
RSS feed for comments to this post