Abbasiyah, 21 Julai 2012 - PERUBATAN melalui biro kebajikan telah memberikan sumbangan kepada saudara Muhammad Affiq bin Kamaruzzaman, pelajar tahun tiga universiti Ain Shams oleh saudara Muhammad Faiz Mujahid bin Mohd Safie, ketua biro Kebajkan PERUBATAN sebagai tanda cakna PERUBATAN kepada beliau atas pemergian bapanya pada bulan Mei yang lalu.

Penyerahan sumbangan ini telah diadakan di rumah saudara Faiz Mujahid selepas majlis berbuka puasa beramai-ramai. Majlis penyerahan sumbangan ini turut dihadiri oleh saudara Muhammad Alfatani bin Abdullah, pengerusi OPU Ain Shams.
Kutipan derma kilat telah dijalankan di setiap universiti seluruh Kaherah bagi meringankan beban saudara Afiq serta keluarga.
Seluruh ahli PERUBATAN mendoakan semoga saudara Afiq Kamaruzzaman agar tabah menghadapi dugaan ini dan semoga berjaya di dalam peperiksaan akhir tahun dengan cemerlang.
| < Prev | Next > |
|---|






