You are here: Peristiwa | Berita Induk | Kaherah Kosong

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Kaherah Kosong

E-mail Print PDF
dihantar oleh AinNabila
User Rating: / 0
PoorBest 

Kaherah, 23 Julai - Kaherah dijangkakan kosong kerana kurang separuh daripada populasi pelajar Malaysia yang akan berada di Mesir sepanjang cuti musim panas ini, tidak kira daripada pelajar mahasiswa sains kesihatan mahupun jurusan agama.

DSC 0166

Walaupun bilangan mahasiswa yang tinggal di Mesir sedikit, PERUBATAN tetap menyediakan beberapa program menarik bagi mengisi masa lapang ahli- ahli dengan aktiviti- aktiviti yang berfaedah. Bersesuaian dengan Ramadan yang menghampiri, PERUBATAN telah membawakan program Ihya’ Ramadhan atau IHRAM 1433H khusus untuk mereka yang akan menjalani Ramadan di bumi anbiya’ ini. Program ini telah dirasmikan oleh saudara presiden Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi pada 18hb yang lalu di Markas Abou Rish.

Bagi pelajar-pelajar yang pulang ke Malaysia pula, antara aktiviti menarik anjuran PERUBATAN termasuklah ‘Yieding Medical Heroes’ (YAHOO!@Beijing) dan ‘Hope of The Future’ (HOPE). ‘Yielding Medical Heroes’ akan diadakan pada 3-5 Ogos di Rantau Panjang, Kelantan. Program ini menjanjikan peserta dengan pengisian berbentuk pengenalan kepada klinikal (konsultasi pesakit), sebuah forum, pengisian ala-ala seminar dan program khidmat kemasyarakatan. ‘Hope of The Future’ pula merupakan program yang merupakan program kerjasama antara PERUBATAN dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan hospital universiti tersebut (HUKM). Program ini akan berlangsung selepas raya nanti iaitu pada 31 Ogos – 2 September 2012.

Kedua-kedua program ini walaupun masih belum bermula, tapi telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli-ahli PERUBATAN berdasarkan kepada pendaftaran peserta yang memberangsangkan walaupun baru hari pertama dibuka.

Walaubagaimanapun, masih ada beberapa lagi program menarik yang bakal disediakan. Boleh layari blog summer.perubatan untuk mengetahui maklumat lanjut.


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

Comments  

 
# Ddy 2012-08-13 11:48 untuk yang ada kat Egypt,selain syantah Ramadhan., xde apa-apa dah ke ? mOga sama-sama dpat manfaat di bulan Ramadhan ni.. :D
 

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru