Kaherah, 5 Mei- Sumbangan berjumlah LE 897.75 serta USD 100 telah dihulurkan PERUBATAN kepada saudara Mohamad Eqzar Aflan bin Baharin, pelajar tahun satu universiti Kaherah semalam sebagai tanda keprihatinan PERUBATAN kepada beliau atas pemergian bapa serta abang iparnya.
Dimaklumkan bahawa bapa dan abang iparnya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya baru- baru ini. Kejadian tersebut melibatkan kereta yang dinaiki bapa dan abang ipar mangsa telah bertembung dengan sebuah bas di Terengganu pada 28 Mei yang lalu.
Kutipan derma kilat tersebut telah dijalankan sewaktu majlis tahlil dan solat jenazah ghaib yang dijalankan khusus buat bapa dan abang ipar saudara Mohamad Ezqar. Majlis yang melibatkan semua ikhwah sekitar Sayeda Zainab, Abu Risy dan Muneera telah dilakukan di Markaz Perubatan Abu Risy.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil Unit Kebajikan OPU Kaherah iaitu saudara Afiq Zulhilmi bin Zairudin semasa lawatan oleh OPU Kaherah ke rumah saudara Eqzar. Turut hadir dalam lawatan tersebut Pengerusi OPU Kaherah, saudara Nurhelmi bin Lukman dan Unit Pembangunan Insan saudara Muhammad Nur Azri bin Mohd Hisam.

Takziah diucapkan buat saudara Mohamad Ezqar serta ahli keluarga, semoga beliau tabah serta sabar dalam menghadapi dugaan yang menimpa. PERUBATAN berharap agar sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban beliau dan keluarga. Sesuai dengan agenda PERUBATAN yang sentiasa cakna dan memenuhi keperluan semasa ahli PERUBATAN.
| < Prev | Next > |
|---|






