You are here: Peristiwa | Berita Induk | Pelantikan Terbaru Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4!

Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Pelantikan Terbaru Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

E-mail Print PDF
dihantar oleh Damak
User Rating: / 2
PoorBest 

healthministry

KUALA LUMPUR, 11 Mac - Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Y.Bhg. Dato’ Dr. Hasan bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan mulai 11 Mac 2011 menggantikan Y.Bhg. Tan Sri Dr. Haji Mohd Ismail bin Merican yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 4 Mac 2011.

2. Y.Bhg. Dato’ Dr Hasan berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Kesihatan Awam dan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, kedua-duanya dari Universiti Kebangsaan Malaysia memulakan perkhidmatan dengan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Perubatan pada 2 Mei 1981 dengan karier perkhidmatan seperti berikut:

  • Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mulai 10 Oktober 2009;
  • Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, KKM (2007-2009);
  • Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (2004-2007);
  • Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit), KKM (1997-2004);
  • Pegawai Perubatan Tingkatan Kanan, KKM (1986-1997); dan
  • Pegawai Perubatan, KKM (1981).

3. Pelantikan Y.Bhg. Dato’ Dr. Hasan adalah berdasarkan pengalaman luas dan prestasi cemerlang beliau dalam bidang kesihatan sepanjang berkhidmat dengan Kerajaan. Beliau aktif dalam komuniti perubatan di Malaysia di mana beliau antara lain merupakan Ahli Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik, Pelapor Sulit Profesional Bagi Pewartaan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan ahli Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam Malaysia (PDPKAM). Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Y.Bhg. Dato’ Dr. Hasan sering dijemput untuk membentangkan kertas kerja dan mengetuai delegasi perubatan Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau juga aktif dalam bidang pendidikan perubatan dengan sering menyampaikan kuliah dalam bidang Epidemiologi kepada pelajar-pelajar Masters in Public Health di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma in Parasitology di Institut Penyelidikan Perubatan.

4. Adalah diyakini pengalaman dan pengetahuan mendalam Y.Bhg. Dato’ Dr. Hasan akan membolehkan beliau memimpin fraternity pengamal perubatan dan anggota sokongan perubatan di dalam dan luar Perkhidmatan Awam untuk berkhidmat dengan penuh cemerlang, terutama dalam melaksanakan dasar-dasar dan usaha-usaha peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang berkualiti kepada rakyat.

5. Bagi pihak Perkhidmatan Awam, saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Tan Sri Dr. Haji Mohd Ismail di atas segala sumbangan, khidmat bakti dan perkhidmatan cemerlang beliau kepada Perkhidmatan Awam dan negara selama 35 tahun, terutama di sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

TAN SRI SIDEK HASSAN
Ketua Setiausaha Negara

Sumber : Chief Secretary to the Goverment of Malaysia Official Website

mediaPERUBATAN mengharapkan agar dengan pelantikan ini membawa perubahan yang lebih baik kepada sistem kesihatan negara. Dengan perlantikan ini juga diharap dapat menyelesaikan isu-isu terbaru berkaitan sistem kesihatan Malaysia seperti isu  doktor tidak kompeten, pengiktirafan pelajar luar negara yang ingin mengamalkan perubatan di Malaysia dan bermacam-macam isu lagi.


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru