You are here: Khidmat | Panduan Permohonan Melanjutkan Pelajaran ke Mesir

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4!

Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Panduan Permohonan Melanjutkan Pelajaran ke Mesir Dalam Bidang Perubatan / Pergigian / Farmasi.

E-mail Print PDF
User Rating: / 12
PoorBest 

logo perubatan

Alhamdulillah, tahun demi tahun, kecemerlangan demi kecemerlangan telah dicatat di dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Tahniah diucapkan kepada semua.

Baru-baru ini pihak Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) melalui Jabatan Penerbitan dan Penerangan PERUBATAN 2013/2014 turut menerima beberapa emel dari adik-adik yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang prosedur melanjutkan pengajian di dalam bidang perubatan / pergigian / farmasi di Mesir.

Justeru, di pihak PERUBATAN, kami mengambil insiatif menyusun semula beberapa maklumat permohonan daripada pihak berautoriti dengan harapan dapat membantu adik-adik memohon dan mendaftar melalui saluran yang sah dan berdasarkan prosedur yang betul.

Secara umumnya, permohonan boleh dibuat melalui dua bentuk.

  1. Permohonan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau mana-mana tajaan atau pinjaman.
  2. Permohonan melalui Lembaga Zakat / Yayasan Negeri.
  3. Permohonan persendirian terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Semua permohonan kemasukan ke Timur Tengah mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Sijil Sokongan Luar Negara tidak akan dikeluarkan kepada pelajar yang tidak memohon melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Kementerian Pengajian Tinggi tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar untuk menguruskan kemasukan pelajar ke Timur Tengah terutama sekali di Mesir.
  • Kementerian Pengajian Tinggi hanya menguruskan penempatan pelajar sahaja. Pembiayaan pengajian ditanggung / diuruskan sendiri oleh pelajar.
  • Pelajar haruslah melepasi syarat minumun yang telah ditetapkan oleh Education Malaysia Egypt.
     

PERMOHONAN PERSENDIRIAN TERUS KEPADA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Senarai Borang, Kelayakan Minimum Dan Cara Mengisinya

1) Muat turun Borang Permohonan Pengajian Mesirhttp://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/timurtengah/BORANGKPTPERUBATANMESIR2013.pdf

2) Permohonan perlu disertakan sekali;

  1. Borang Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/BORANGSSLN2013.pdf
  2. Borang Permohonan Surat Tiada Halangan Mengikuti Pengajian di Luar Negarahttp://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/clearence%20letter.pdf


SURAT TIADA HALANGAN (Clearence Letter)

Surat tiada Halangan (Clearence Letter (CL)) adalah untuk pelajar yang hendak melanjutkan pengajian ke luar negara tetapi belum mendapatkan tempat di IPT tersebut. Kementerian Pengajian Tinggi akan mengeluarkan CL kepada pelajar yang layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian.


SIJIL SOKONGAN LUAR NEGARA (SSLN)

1. Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) merupakan satu syarat yang dikenakan kepada pelajar yang ingin mengikuti kursus-kursus di luar negara bagi menentukan mereka memenuhi syarat kelayakan minimum untuk mengikuti program pengajian ke luar negara. Ia juga digunakan untuk memperoleh visa pelajar daripada Kedutaan negara luar untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan di negara berkaitan. SSLN diperkenalkan sejak tahun 2002.

2. Cara-cara untuk memohon SSLN:

  1. Perlu mengenal pasti terlebih dahulu pencapaian akademik yang diperoleh sama ada memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti luar negara dan memohon secara bertulis untuk mendapatkan SSLN daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Tinggi.
  2. Jika memenuhi syarat kelayakan, pelajar boleh memohon untuk mendapatkan tempat pengajian di IPT luar negara.
  3. Setelah memperoleh tempat pengajian, permohonan untuk mendapatkan Sijil Sokongan Luar Negara daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang KP/SSLN/2013 ke alamat berikut:
          Ketua Pengarah
          Jabatan Pengajian Tinggi
          Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
          Aras 9, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5,
          Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
          62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
          (u.p Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan (Education Malaysia))

Dokumen - dokumen sokongan berikut juga perlu disertakan:

  1. 1 salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
  2. 1 salinan sijil kelayakan akademik SPM dan STPM atau sijil-sijil yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia yang telah disahkan.
  3. 1 salinan surat tawaran kemasukan ke IPT luar negara yang telah disahkan.
  4. 1 keping gambar warna berukuran pasport pemohonan (sila lekatkan pada muka hadapan si sudut kanan borang KPT/SSLN/2013/A).

3. SSLN akan dikeluarkan oleh KPT jika semua syarat dipenuhi. Semua salinan dokumen sokongan seperti surat tawaran, sijil peperiksaan, surat beranak, kad pengenalan, surat akuan bank dan lainlain yang berkaitan hendaklah disahkan oleh sama ada Ahli Parlimen, ADUN, pegawai kerajaan kumpulan A, pengetua, guru besar, penggawa/penghulu/ketua kampung.

4. SSLN tidak dikeluarkan kepada pemohon untuk tujuan mendapatkan biasiswa atau pinjaman kewangan bagi pembiayaan pembelajaran tetapi SSLN berperanan sebagai dokumen sokongan untuk mendapatkan visa.

5. Tujuan syarat kelayakan minimum dikuatkuasakan bagi menjamin kualiti pendidikan yang dapat membekalkan sumber tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi bagi meningkatkan produktiviti ke arah negara maju.

6. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan SSLN ialah:

  1. Memenuhi syarat kelayakan sebenar (bukan keputusan ramalan) yang ditetapkan oleh KPTM.
  2. Mempunyai surat tawaran pengajian bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang sah daripada IPT luar negara.
  3. Mempunyai sokongan pembiayaan kewangan yang mencukupi bagi sepanjang tempoh pengajian.
  4. Mempunyai penjaga yang ada pertalian keluarga dengan pelajar jika pelajar di bawah umur.

7. SSLN diguna pakai untuk melanjutkan pelajaran ke semua negara luar.

8. SSLN akan dikeluarkan kepada pelajar yang telah mendaftar di IPT luar negara untuk mengikuti pengajian bagi sesi pengajian.

9. SSLN tidak semestinya diperoleh oleh pemohon walaupun mempunyai surat tawaran pengajian daripada IPT luar kerana setiap permohonan perlu memenuhi syarat kelayakan minimum yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia), bukannya negara luar.
 

BORANG PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN / PERGIGIAN / FARMASI UNIVERSITI DI MESIR

1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu:

  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
  • Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Kursus Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

  • Tarikh tutup permohonan: 31 MEI 2013 (Jumaat)

2. Setiap permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti Mesir perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

  1. Dua salinan BORANG KPT/PERUBATAN/MESIR/2013 (Borang permohonan pengajian Mesir).
  2. Satu terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Arab.
  3. Lapan salinan terjemahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Arab.
  4. Dua salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  5. Satu terjemahan Sijil Lahir Asal / Surat Beranak / Borang W dalam Bahasa Arab.
  6. Lapan salinan terjemahan Sijil Lahir Asal / Surat Beranak / Borang W dalam Bahasa Arab.
  7. Tiga salinan Sijil Lahir Asal / Surat Beranak / Borang W.

    Terjemahan Sijil Lahir Asal / Surat Beranak / Borang W dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) di alamat berikut;

    Institut Terjemahan & Buku Malaysia
    Wisma ITBM
    No. 2, Jalan 2/27E
    Wangsa Maju, Seksyen 10
    53300 KUALA LUMPUR
    No Tel : 03-4149 7210 / 03-4145 1800
                 (samb. 1850 / 1852 / 1854 / 1861)
    No Faks : 03-4149 1535 / 03-4143 2939 / 03-4143 2946

    Terjemahan Sijil Lahir Asal / Surat Beranak / Borang W dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Arab perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri di alamat berikut;

    Ketua Setiausaha
    Kementerian Luar Negeri
    Bahagian Konsular, Wisma Putra
    No.1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
    62602 PUTRAJAYA
    No. Tel : 03-8887 4000 / 03-8887 4159
    No. Faks : 03-8889 1717 / 03-8889 2923

  8. Dua salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
  9. Lapan salinan pasport Malaysia yang telah disahkan.
  10. Lapan keping gambar berukuran pasport dan ditulis nama penuh & no. kad pengenalan pemohon dibelakangnya. Satu keping gambar perlu ditampal di setiap borang permohonan.
  11. Empat salinan passport Malaysia yang disahkan.
  12. Bank Draf atas nama 'Director Education Malaysia Egypt' dengan jumlah berikut;
    • Universiti Al-Azhar: USD 72.00
    • Universiti Zaqaziq, Alex, Cairo, Mansurah, Ain Sham, Tanta: USD 50.00
      Peringatan: i) Bank draf mesti dalam matawang USD
                       ii) Nama dan no. kad pengenalan hendaklah ditulis dengan pensil di belakang bank draf.
  13. Sampul surat bersaiz 11 cm x 22 cm beralamat sendiri dan bersetem RM 0.60.

Perhatian: Dokumen-dokumen sokongan berikut perlu disahkan oleh Pegawai Kanan Kerajaan (Kumpulan A)/Ahli Dewan Undangan Negeri/Pesuruhjaya Sumpah/Pengetua/Guru Besar/Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu.

3. Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 31 MEI 2013 di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4 No 2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

4. Permohonan hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPT tidak mendaftar mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.
 

PERMOHONAN MELALUI LEMBAGA ZAKAT / YAYASAN  NEGERI

Bagi tajaan Lembaga ZakatYayasan Negeri, adik-adik digalakkan untuk mendapatkan maklumat tajaan dan pinjaman dari Lembaga Zakat / Yayasan Negeri masing-masing. Ketiga-ketiga borang KPT di atas iaitu;

  1. Borang Permohonan Pengajian Mesir
  2. Borang Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN)
  3. Borang Permohonan Surat Tiada Halangan Mengikuti Pengajian di Luar Negara

juga adalah penting untuk diisi dan melalui prosedur-prosedur pengesahan sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi  Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:

03-8870 6611 – Siti Zubaidah Binti Che Daud
03-8870 6622 – Mariatul Zahira Binti Yahya

Bagi mengenali apa itu PERUBATAN, adik-adik boleh layari http://perubatan.org. Adik-adik juga boleh mendapatkan kemaskini semasa, berita dan artikel di http://perubatan.org/v3 dan mengunjungi blog-blog pelajar-pelajar perubatan Malaysia-Mesir di http://komuniti.perubatan.org.

Semoga berjaya semua.

Sekian, terima kasih.

Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati
At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah

Disediakan oleh:
Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)


Semakan 30 Mac 2013


Banner

Tags:

Mungkin Berkaitan:



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat: