You are here: Kenyataan | Rasmi | Perutusan Aidilfitri 1433 H: "Ramadhan Disempurnakan, Kemenangan Disemarakkan"

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Perutusan Aidilfitri 1433 H: "Ramadhan Disempurnakan, Kemenangan Disemarakkan"

E-mail Print PDF
dihantar oleh wan_fizi05
User Rating: / 0
PoorBest 

logo perubatan
 
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke Hadrat Allah S.W.T kerana kita masih diberi masa dan peluang oleh Allah S.W.T untuk bertemu dengan Aidilfitri 1433H. Setelah hampir sebulan kita berjaya menunaikan ibadat berpuasa dengan dilimpahi rahmat dan maghfirah Allah S.W.T, kini sudah tiba masanya untuk kita meraikan kemenangan dan kejayaan umat Islam seluruhnya di bulan Syawal yang mulia ini.

Lazimnya, kita meraikan 1 Syawal dengan perasaan yang bercampur-baur. Kita berasa sedih dengan pemergian Ramadhan al-Mubarak, dan di masa yang sama, kita juga bersyukur dan gembira dengan kedatangan Syawal. Pokoknya, Allah S.W.T menetapkan 1 Syawal sebagai salah satu hari yang haram berpuasa supaya hamba-Nya bergembira meraikan kejayaan mereka setelah dugaan sebulan berpuasa.

Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan kita pelbagai amalan sunat Aidilfitri untuk diamalkan sebagai tanda syukur kepada rahmat dan nikmat Allah S.W.T. Justeru, marilah kita menyambut Aidilfitri 1433H dengan memperbanyak takbir, tahmid dan istighfar kepada Allah S.,W.T. Ambillah peluang di hari lebaran ini, untuk mengukuhkan silaturrahim sesama saudara islam dengan saling memaafi, menziarahi dan bertanya khabar keluarga dan sahabat handai. Tidak kira di mana sahaja kita berada, sama ada di Malaysia atau di Mesir, jadikanlah Syawal kali ini sebagai titik tolak kita untuk kembali menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. Kembalilah kepada fitrah hamba yang sebenar dengan istiqamah melakukan ibadat dan amalan soleh, sebagai tanda keberkesanan madrasah Ramadhan  yang kita lalui selama sebulan lamanya. 

217882 10151037640553198 1783206400 n

Akhir kata, PERUBATAN selaku sebuah persatuan yang menaungi semua mahasiswa mahasiswi sains kesihatan Mesir mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua mahasiswa mahasiswi yang sedang menuntut di bumi Mesir. Semoga Allah S.W.T mengampunkan dosa dan menerima semua amalan soleh kita. 

كل سنة و انتم بخير

من العائدين و الفائزين

تقبل الله منا و منكم

"Ramadhan Disempurnakan, Kemenangan Disemarakkan"
"Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
"At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
 
hafizijunaidi
 
Wan Ahmad Hafizi Wan Ahmad Junaidi
Presiden PERUBATAN 2012/2013

Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru