You are here: Kenyataan | Rasmi | Kenyataan Rasmi Saranan Membantu Sahabat Dhur Thani, 'Buddy System'

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Kenyataan Rasmi Saranan Membantu Sahabat Dhur Thani, 'Buddy System'

E-mail Print PDF
dihantar oleh deenie
User Rating: / 0
PoorBest 

logo perubatan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setelah menganalisa keputusan peperiksaan akhir tahun yang baru sahaja diumumkan baru-baru ini, ahli PERUBATAN dikejutkan dengan peningkatan pelajar dur thani pada tahun ini. Sebagai inisiatif untuk membantu, Biro Akademik PERUBATAN menyarankan agar setiap batch dari setiap universiti untuk mewujudkan “Buddy System” bagi membantu sahabat-sahabat kita yang diberi ujian dalam penangguhan kejayaan mereka

Buddy System merupakan sistem taakhi dalam satu batch yang sama antara sahabat yang lulus dan juga sahabat yang perlu mengambil peperiksaan dur thani. Sistem taakhi ini bebas sama ada dilakukan secara berkumpulan atau individu (melibatkan 2 orang sahaja).

Memandangkan ramai di antara mereka pulang ke Malaysia dan berhasrat untuk pulang ke Mesir beberapa minggu sebelum hari peperiksaan dur thani berlangsung, kami mencadangkan setiap Unit Akademik Batch membuat sistem ini seperti berikut:-

  1. Malaysia : Sama tempat seperti kawasan tempat tinggal atau negeri
  2. Mesir : Sama universiti
  3. Mumtaz atau Jayid Jiddan
  4. Mengeluarkan isi-isi penting untuk membantu mereka mengulangkaji
  5. Membuat soalan-soalan peperiksaan tahun–tahun lepas (sila muat turun di http://e-learning.perubatan.org)
  6. Membuat latihan dari buku-buku latihan yang dikeluarkan oleh fakulti masing-masing
  7. Membantu mereka memahami apa-apa topik yang tidak difahami
  8. Fokus kepada penghafalan isi-isi penting

Dari Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda:
“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barangsiapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Sekian, Wassalam

"Ilmuan Berbakti Teguh Sehati"

"At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah"

deenierodzhan

Mohd Deenie Bin Mohd Rodzhan
Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN 2012 / 2013

farhanabakri

Farhana Binti Bakri
Timbalan Ketua Biro Akademik,
PERUBATAN 2012 / 2013

 

 

 

 


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru