You are here: Kenyataan | Rasmi | Kenyataan Rasmi: Kehangatan Summer Bersama PERUBATAN

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Kenyataan Rasmi: Kehangatan Summer Bersama PERUBATAN

E-mail Print PDF
dihantar oleh suhailah
User Rating: / 0
PoorBest 

logo perubatan

Assalamualaikum w.b.t

Salam imtihan kepada seluruh sahabat-sahabat ahli PERUBATAN sekalian.

Marilah kita sama-sama bersyukur ke atas Ilahi kerana nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Yang memungkinkan kita untuk terus menghirup udara segar negara Firaun dan Nabi Musa ini. Maka jangan sesekali untuk kita mendustakan nikmat Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Penghulu segala nabi, ketua bagi sebaik-baik ummat.

Bersempena dengan cuti musim panas yang bakal menjelang tiba, pihak persatuan PERUBATAN telah mengambil inisiatif dengan berusaha untuk menganjurkan beberapa aktiviti dan program yang dikira mampu memberi input berguna untuk ahli. Program yang dirancang juga dikira mampu menjadi medan untuk ahli memberi dan menyumbang idea, tenaga malah buah fikiran.

Perancangan yang dilakukan ini juga setelah mengambil kira beberapa aspek yang dikira penting dalam penganjuran sesebuah program. Antaranya termasuklah keberadaan ahli semasa cuti musim panas, keperluan dan kepentingan untuk menganjurkan sesuatu program tersebut serta aspek kewangan yang dilihat sangat memberi kesan dalam keberkesanan sesuatu program.

PERUBATAN cawangan dan Organisasi PERUBATAN Universiti juga tidak ketinggalan dalam penyertaan dan penganjuran program yang bermanfaat ini.

Antara aktiviti yang dirancang di Malaysia termasuklah:

  • Khidmat bakti PERUBATAN sempena Ramadhan
  • Program latihan & khidmat masyarakat bersama kerajaan negeri Kelantan dan PAPISMA
  • Program latihan dan klinikal bersama UKM & HUKM
  • Ticket to Egypt (TiE)

Manakala program yang bakal berlangsung di Mesir pula adalah:

  • Jejak Auliya’ Bahnasa
  • Ihya’ Ramadhan (IHRAM)
  • Syawal Anak Perantau
  • Jaulah Matruh/Siwa
  • AHLAN ‘12

Justeru kami berharap agar semua ahli PERUBATAN dapat merancang cuti masing-masing agar tidak disia-siakan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

Sesungguhnya orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal. Maka bersempena dengan demam peperiksaan yang sedang melanda ini, marilah kita sama-sama berusaha mencapai kejayaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. Sedarlah bahawa sesungguhnya darjat sesuatu kaum itu akan diangkat dengan ilmu.

Akhir kata, selamat menempuh peperiksaan yang penuh dengan cabaran dan halangan, sebelum, semasa dan selepasnya.

Sekian. Selamat maju jaya buat semua warga PERUBATAN.

Wassalam.
 

Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati
At-Taqwa, As-Syifa', Ar-Rahmah

rahimsamad

ABD RAHIM BIN SAMAD
Timbalan Presiden I
PERUBATAN 2012/2013

Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru