You are here: Kenyataan | Rasmi | Pekeliling Keselamatan Peristiwa 9 Oktober

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Pekeliling Keselamatan Peristiwa 9 Oktober

E-mail Print PDF
dihantar oleh hafizadam
User Rating: / 0
PoorBest 

logo jpeg coloured small

Assalamualaikum wbt,

Berikutan situasi tegang yang berlaku di beberapa tempat dan juga insiden yang melibatkan kematian 24 orang di Medan Tahrir semalam (9 Oktober 2011), para mahasiswa dan mahasiswi Sains Kesihatan adalah diminta untuk sentiasa mengambil perhatian dan berwaspada terhadap tahap keselamatan masing-masing.

Beberapa langkah telah kami kenalpasti dalam usaha mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku. Oleh itu, para mahasiswa/i adalah diingatkan supaya:

  1. Memastikan anda membawa passport bersama apabila ke luar rumah
  2. Memastikan visa anda masih sah
  3. Tidak menyertai atau mendekati tempat demonstrasi terutamanya di Dataran Tahrir
  4. Jangan memandu sekiranya tiada lesen memandu dan kenderaan tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan pihak berkuasa dengan sepenuhnya
  5. Tidak keluar dari rumah bermula jam 12 malam hingga 7 pagi
  6. Tidak menyerahkan passport anda kepada mana-mana individu melainkan diyakini kesahihannya sebagai polis (mempunyai kernih polis)

Sebarang masalah bolehlah menghubungi:

  • Presiden PERUBATAN, Syafiq bin Hamdani: 01140839115
  • Pengarah JAKSI, Mohd Farid bin Amin: 01141828258

Diharapkan seluruh mahasiswa mahasiswi sains kesihatan dapat mengambil perhatian akan hal ini dan mematuhi setiap pekeliling keselamatan yang dikeluarkan oleh PERUBATAN.

TAQWA SYIFA’RAHMAH
Ilmuan Berbakti Teguh Sehati

Mohd Farid bin Amin
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Sosial Islam (JAKSI)
PERUBATAN 2011/2012


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru