Tidak asing lagi apabila kedengaran suara-suara mengatakan kita mahasiswa perubatan Mesir kekurangan kemahiran klinikal. Fakta ini semakin diakui ramai doktor senior di Malaysia tetapi lebih penting lagi, fakta ini harus diakui oleh kita sendiri. Kerana itu, PERUBATAN menerusi PERUBATAN Medical Team membawakan kepada anda satu projek yang dapat membantu diri kita sendiri bagi mengatasi masalah kekurangan kemahiran klinikal ini. Sebuah buku bertajuk "Attachment Logbook".

Isi kandungan:
A- Pengenalan buku "Attachment Logbook"
B- Borang tempahan
C- Ulasan buku
D- Sampel
E- Maklumat cara pembelian dan pusat pengambilan buku
F- Pembelian bagi pelajar di Muhafazah
A- Pengenalan buku "Attachment Logbook"
"Attachment Logbook" wajar dimiliki semua mahasiswa perubatan, khususnya mereka yang memohon untuk menjalani program elektif (attachment) di hospital seluruh Malaysia. Buku ini menggariskan penyakit-penyakit dan simptom-simptom paling kerap ditemui serta prosedur perubatan paling penting untuk dipelajari seorang pelajar perubatan dan semua ini disusun mengikut setiap jabatan di hospital di Malaysia.
Terdapat sepuluh jabatan di dalam buku ini iaitu:
1. Jabatan Kecemasan dan Kemalangan (A&E)
2. Jabatan Perubatan
3. Jabatan Neurologi
4. Jabatan Sakit Puan (O&G)
5. Jabatan Oftalmologi
6. Jabatan ENT (Telinga, Tekak dan Hidung)
7. Jabatan Otopedik
8. Jabatan Pediatrik (Kanak-kanak)
9. Jabatan Psikiatri
10. Jabatan Pembedahan
Buku ini merupakan pengumpulan dan olahan dari logbook yang digunapakai mahasiswa perubatan klinikal di pelbagai universiti tempatan; awam mahupun swasta yang diadaptasikan bagi memenuhi kesesuaian dan pemahaman. Buku "Attachment Logbook" ini telah melalui proses dibaca pruf oleh barisan doktor-doktor yang arif dan pakar dalam bidang masing-masing dari hospital kerajaan dan swasta di Malaysia bagi memastikan hanya maklumat berkualiti tinggi disampaikan kepada anda menerusi buku ini.
Program elektif? Attachment? Apakah itu?
Pihak PERUBATAN Medical Team telah menyediakan satu infografik yang pastinya membantu anda mengenali lebih lanjut mengenai program elektif dan panduan permohonannya. Sila klik pautan di bawah.
Panduan Permohonan Program Elektif
Akhir sekali, semestinya buku ini akan menjadi aset penting dalam membentuk kemahiran kita sebagai doktor kelas pertama. Besar harapan kami agar buku ini dapat digunakan semaksimanya sepanjang tempoh attachment dan pengajian klinikal para ahli PERUBATAN. Tunggu apa lagi? Tempah buku "Attachment Logbook" anda sekarang!
B- Borang tempahan
Sukacita kami menyediakan borang tempahan bagi memastikan anda tidak terlepas peluang memilikinya. Stok kami terhad dan berdasarkan kepada siapa cepat, dia dapat.
Borang tempahan akan dibuka dari tarikh Ahad 24 Jun 2012 sehingga Isnin 2 Julai 2012.
Anda bolehlah mengisi tempahan online di pautan berikut:
Borang Tempahan Buku Attachment Logbook
C- Ulasan buku
Berikut adalah beberapa petikan ulasan ahli-ahli PERUBATAN mengenai buku “Attachment Logbook” ini.
This is a great project and insyallah it will be beneficial to all of you. You guys are really proactive in learning and insyallah will make good house officers.
Dr. Noor’aniah binti Azmi
Medical officer Hospital Serdang, Cairo University MBBCh 2010 graduate
I am confident that this book will provide aid, guidance and exposure to PERUBATAN members in regards to the common diseases and clinical skills that is crucial and required for a medical graduate. This book is evident that PERUBATAN is forever committed and has always given great attention to the academic excellence of its members especially in the clinical aspect.
Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi
President of PERUBATAN 2012/2013
It's a really comprehensive and practically-minded book. A very nice medium to guide the amateur; impliment the theoretical part of medicine into practice. Sure it will ease you much more in your clinical-tagging life insyaAllah.
Nur Madihah binti Kamalul Sahar
Adviser of PERUBATAN 2012/2013
Never has doing attachments in hospitals been made so simple, clear and systematic since the publishing of this easy-to-use logbook. PERUBATAN has really found a way to tackle the oldest problem faced by our students. Now the choice is ours, whether to sink in self-pity or swim in the ocean of knowledge in front of us.
Mohd Effy Saiful bin Mohd Fathil
Sixth year medical student 2012/2013, Al-Azhar University
This “Attachment Logbook” is made handy and easy to use for every medical student; preclinical or clinical. The contents are reliable as we partially adapted them from various sources from well-known local medical schools in Malaysia, with some addition. This logbook has also been proofread by our caring doctors working in Malaysia; making it more practical.
Ahmad Ibrahim bin Yahaya
Fifth year medical student 2012/2013, Cairo University
D- Sampel
Kami juga sertakan sampel buku bagi anda yang tertanya-tanya bagaimanakah bentuk kandungannya.
Sampel Buku “Attachment Logbook” – How to Use dan Department of Accident & Emergency
E- Maklumat cara pembelian dan pusat pengambilan buku
Harga buku “Attachment Logbook” adalah LE 15.00 sebuah.
Jualan buku ini akan dibuat melalui tempahan online dan Pusat Jualan akan dibuka bagi membolehkan anda mengambil buku tempahan anda.
Pusat Jualan akan dibuka seperti berikut:
Tarikh: Sabtu 6 Oktober 2012
Masa: 12.00 pm sehingga 4.00 pm
Lokasi:
1. Markaz PERUBATAN Abou Rish (bagi pelajar Universiti Kaherah)
2. Markaz PERUBATAN Hayyu Sabek (bagi pelajar Universiti Azhar)
3. ARMA (bagi pelajar Universiti Ain Syams)
Anda mahupun wakil anda boleh memilih Pusat Jualan yang berdekatan dengan anda untuk mengambil buku ini.
Bagi mereka yang berminat untuk memiliki buku ini tetapi tidak berkesempatan mengisi borang tempahan, anda boleh berbuat demikian dan masih boleh membeli buku tersebut terus di Pusat Jualan. Akan tetapi, mereka yang menempah semestinya akan diberikan keutamaan.
Maklumat selanjutnya akan disampaikan melalui PERUBATANonline dan iklan menerusi Facebook mediaPERUBATAN.
Kepuasan anda adalah matlamat kami. Kami menantikan maklum balas dari anda. Sebarang masalah dan pertanyaan bolehlah menghubungi:
Unit Kitab Biro Ekonomi PERUBATAN
Muhammad Husnaim Che Rahim: +20114 762 6437
Fadzlin Binti Ab Aziz: +20111 786 9839
Atau emelkan kepada:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
F- Pembelian bagi pelajar di Muhafazah
Anda boleh memilih untuk membeli buku "Attachment Logbook" ini di lokaliti masing-masing dengan menghubungi wakil BIKON di muhafazah anda.
Bagi pelajar muhafazah yang telah menempah melalui borang tempahan BIKON Pusat, anda boleh meminta wakil anda untuk mengambil tempahan tersebut di tiga lokasi Pusat Jualan di atas atau hubungi BIKON muhafazah anda bagi maklumat pengambilan di Pusat Jualan Muhafazah.
Terima kasih daripada kami dan semoga kerjasama dan kelancaran usaha kita ini akan membuahkan keredhaan dan ganjaran kebaikan di sisi Allah s.w.t.
“Nurturing Medical Frontliners, Nourishing Community.”
Muhammad bin Rahimi
Nur Atiqah binti Mohd Hanifah
Projek Attachment Logbook,
PERUBATAN Medical Team 2012/2013
| < Prev | Next > |
|---|








Comments
Atiqah Hanifah
Timbalan Ketua Projek Attachment Logbook
Atiqah Hanifah
Timbalan Ketua Projek Attachment Logbook
Atiqah Hanifah
Timbalan Ketua Projek Attachment Logbook
RSS feed for comments to this post