You are here: Kehidupan | Tazkirah/Motivasi | Membuahkan ketaatan di bulan Ramadan

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Membuahkan ketaatan di bulan Ramadan

E-mail Print PDF
dihantar oleh AhmadArdy
User Rating: / 0
PoorBest 

skodeng

Sapaan Ramadhan disambut meriah umumnya. Pada bulan inilah, yang tidak biasa makan kurma akan merindui kemanisannya, yang jarang melangkah kaki ke masjid akan bersungguh-sungguh berjemaah bersama saudaranya yang lain. Hebatnya Ramadhan di dalam mengubah jiwa seseorang, sehinggakan, mungkin sahaja golongan ghofilin (lalai) boleh juga menjadi ahlul ibadah. Namun tidak dinafikan ada sesetengah golongan yang kurang melihat Ramadhan sebagai wadah untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya. Mungkin situasi seperti ini kerap kali ditemui menjelangnya puasa.

Adik berkata: “yeay dah puasa...boleh main mercun..pastu raya boleh kumpul duit..”

Mak pula merungut:” huh..dah masuk bulan puasa ni..budget raya tak buat lagi..jap..tahun ni kita balik kampung belah siapa ye bang?”

Abang menyampuk:” bulan puasa ni penuhla jadual aku..siang membuta malam pelahap..”

Pelajar Mesir:”dah nk puasa tandanya..dekat nak balik Malaysia..seronoknya..”

Kenapa agaknya kadang-kadang jiwa ini seakan tidak begitu teruja menyapa belaian sang Ramadhan, sedangkan bulan ini Allah ciptakan hanya sekali dalam setahun. Manakan lahirnya rindu jikalau taa’ruf sekadar nama, manakan adanya cinta jikalau fahamnya ibarat kera mendapatkan bunga. Setuju kan?

Kenapa perlu puasa ?

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."
( Al-Baqarah ; 183  )

Nah,ayat diatas menerangkan sebab kita perlu berpuasa. Allah memberikan ujian berupa Ramadhan yang setelah berjaya diharunginya, maka akan dihadiahkan nikmat al-taqwa. Rupa-rupanya Allah membuka salah satu dari jalan-jalan syurga buat kita. Bukankah insan yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang bertaqwa ?

Seperti mana diketahui umum, pada bulan mulia ini syaitan akan dibelenggu. Posisi negatif dalam diri yang menjerumus ke lembah hina kini dikuasai nafsu sendiri. Hati berisi taat pada Robb serta berbentengkan iman menjadi nukleus kepada anggota luaran. Setiap tindakan yang diputuskan bukan lagi didorong Iblis laknatullah. Inilah dia ‘kem latihan’ untuk kita berlatih melawan yang batil sebelum kita benar-benar menghadapi musuh yang sebenar yakni syaitan. Bermakna, kita menjalani sebulan latihan dalam setahun, bagi membina kekuatan untuk melawan segala yang cela dalam baki tahun yang seterusnya. Sebagai contoh, sewaktu berpuasa andai mata meliar melihat perkara haram, iman pasti menjentik hati untuk menundukkan pandangan.

Kenali Ramadan

  1. Bulan yang padanya diwajibkan berpuasa.

"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-semata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai. Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnyabau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat)."
(Hadis riwayat Imam Bukhari,Muslim,Ahmad, Nasa’ie, Ibnu Khuzaimah,Ibnu Habban dan Baihaqi.)

  1. Bulan berkat, bulan rahmat.

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpahruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
(Hadis riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasa’ie, Malik ,Baihaqi)

  1. Solat terawikh yang tiada pelaksanaannya diluar waktu Ramadhan

“مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.”
“Sesiapa mengerjakan sembahyang malam dalam bulan Ramadhan, sedang ia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka ia akan diampunkan dosanya yang telah lalu”
(Hadith Sahih,  riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a. (Sahih Muslim – bi Syarh al-Nawawi, 6:39))

taraweeh

  1. Kehadiran malam Lailatul Qadar

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." 
(Surah AlQadr ; 1-5)

  1. Turunnya al-Quran pada hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke 41 keputeraan baginda Rasulullah saw.

  2. Syaitan dan jin dibelenggu serta dibuka pintu syurga,ditutup pintu neraka.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; 

“Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”
(Bukhari & Muslim)

  1. Amalan sunat diberikan pahala fardhu manakala amalan wajib digandakan 70 kali.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.

 

Tentukan Matlamat Anda !!

goals

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." 
( Cecil B. DeMille )

Mulakan sasaran pada diri sendiri, bentukkan rohani dengan amalan-amalan seperti puasa, solat terawikh, solat tahajud, sedekah dan lain-lain. Amalan luaran juga perlu ditekankan seperti pembentukan akhlak mahmudah. Harus diingat Ramadhan juga lebih bermakna sekiranya kita masih meneruskan dakwah kepada orang sekeliling. Semestinya kita juga mengimpikan keluarga serta masyarakat yang sentiasa mencari redhaNya. Tidak susah sahabat-sahabat andai syurga sentiasa dirindui. Sebagai contoh, di kawasan penempatan kita pasti ada sahaja majlis keramaian saat bulan puasa. Nah hulurkan tanganmu, teguhkan kesatuan sesama saudara.

Matlamat yang jelas ini bagi memastikan setiap detik Ramadhan terus dihargai agar kita tidak menyesal seusai Ramadhan melabuhkan tirai nanti.

Hebatnya Ramadan !

“eh ro’yik ‘an sharu romadhon ?”

Ammu Mimi ; ” romadhon?..kuwaiyyis giddan..kullu youm bilquran..ehna fil masr lau shahru romadhon kullu sobiriin..mafish kitiir musykilah..,” senyum lebar Ammu Mimi. Kelihatan tidak sabar menanti penghulu segala bulan.

Mungkin umur kita tidaklah sepanjang umat terdahulu yang membolehkan mereka lebih banyak beribadah mengumpul pahala. Mungkin juga ujian yang diterima tidak sehebat saudara-saudara terdahulu yang bisa menghapuskan karat-karat dosa. Namun yang jelas Allah membuka sebegitu banyak sekali pintu-pintu syurga buat umat akhir zaman. Persoalanya cuma adakah hati ini terpanggil untuk menginginkan ganjaranNya serta menghulurkan tangan lalu membuka pintu-pintu itu? 

Info Penulis

Sumirah Sumiyyah Ramli merupakan mahasiswi perubatan tahun 2 Universiti Kaherah. Artikel ini ditulis sempena kempen Ihya' Ramadhan (IHRAM)2012 anjuran Biro Pembangunan Insan.


Banner

Tags:


Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru