You are here: Kehidupan | Tazkirah/Motivasi | Keperluan Ilmu Kedoktoran

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Keperluan Ilmu Kedoktoran

E-mail Print PDF
dihantar oleh adzim
User Rating: / 0
PoorBest 

APA ERTINYA SAYA MENJADI DOKTOR?

Kenapa mahu  jadi doktor? Pernah tak terdetik dalam hati, “Kenapalah ambil medik dulu..”. Sedarkah kebanyakan kita sudah berada separuh jalan dalam perjalanan yang pernah dulu dirasakan jauh? Sudahkan kita semua sedar akan tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang ‘Doktor Muslim’? Ya, ‘Doktor Muslim’, bukan sekadar doktor manusia.

Kepentingan ilmu perubatan sememangnya tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Barangsiapa yang menziarahi si pesakit, maka berjalan beliau di taman-taman syurga, apabila beliau duduk di sisinya berkekalan beliau berada dalam rahmat Allah, apabila beliau keluar dari tempat pesakit diwakilkan kepadanya 70000 para malaikat memohon keampuanan untuknya pada hari tersebut.”

Nah, ganjaran orang yang menziarahi orang sakit pun mendapat fadhilat yang begitu besar, apatah lagi mempelajari ilmu perubatan, bukan? Istimewanya kita sebgai seorang doktor kelak, kita sebenarnya secara tidak langsung mendapat pahala menziarahi orang sakit. Menarik kan!

KERJA SEBENAR

Para doktor seharusnya sedar bahawa medan ilmu perubatan ini merupakan medan besar untuk kita sama-sama meneruskan usaha dakwah. Kerja kita kelak bukan sekadar mengambil darah, check ECG, prescribe ubat dan tunggu progress patient untuk discharge, bahkan lebih daripada itu! Sedarlah kita semua, bahawa kita sebenarnya seorang da’ie berpotensi besar.

dok

Kita bekerja bukan dengan mesin tak bernyawa, tetapi kita bekerja dengan manusia yang punya hati dan perasaan. Sangatlah rugi andai kita tidak bersungguh menggunakan medium dakwah yang terbentang ini!

DOKTOR DAN DAKWAH

Bagaimana mahu mencari peluang untuk berdakwah?

Nikmat sihat hanya dapat dirasai lebih-lebih lagi apabila sakit bukan? Pesakit yang datang bukan sekadar mengharapkan penawar dari prescribed medicine tetapi juga memerlukan sokongan emosi dan mental. Bahkan segalan rahsia mungkin sahaja diceritakan kepada seorang doktor! Besarnya kepercayaan mereka terhadap seorang doktor.

Oleh sebab itu, doktor seharusnya mempunyai iman dan ketaqwaan supaya kita dapat divert-kan pemikiran pesakit yang terlalu fokus  kepada rawatan supaya turut meletakkan tawakkal kepada Allah di tahap lebih tinggi. Saat inilah yang sangat berkesan untuk seorang dokor berdakwah!

APA PERLU BUAT?

Secara ringkasnya, seorang bakal doktor seharusnya melengkapi diri bukan sahaja dengan ilmu teori praktikal perubatan itu sendiri, bahkan juga perlu meningkatkan kefahaman agama mereka.

Bagaimana? Jom islah diri sementara masih ada masa!

  • Memperbaiki diri dan mendidiknya agar kental dalam beriman dan bertaqwa.
  • Mesti dibuang sifat-sifat tercela.
  • Mempelajari ilmu-ilmu agama.
  • Menguasai kemahiran ‘how to socialize’ dengan masyarakat sekeliling.
  • Pelajari kemahiran berdakwah.

LETAKKAN TARGET

Kita sudah melangkah ke tahun baru 1432H, letakkan target sebenar apa yang sebenarnya kita ingin kita capai kelak. Kerja kita bukan kerja biasa-biasa, tetapi sebagai wasilah untuk menegakkan Islam di mana pun kita berada, kita kan mahu menguasai dunia.

target

Amanah sebagai seorang doktor ini amat berat dan memerlukan persediaan yang sempurna dari pelbagai sudut. Walaupun sebagai doktor adalah kerjaya yang tampak pasti, namun tugas membantu manusia dan dakwah berteraskan aqidah Islamiah adalah dasar utamanya.

Berusahalah daripada sekarang untuk menjadi seorang doktor yang bertanggungjawab dan ikhlas dalam segala tindakan. Tidak pernah terlambat untuk kita sedar dan berubah. Tugas ini terlalu mulia dan dikasihi Allah. Jangan buang masa dan menjadikan kerjaya ini semata-semata mencari rezeki dan kepuasan hati.

Tumpukan gerak kerja kita demi mencapai impian yang lebih besar dengan melihat Islam tertegak di seluruh dunia, dan bertawakkallah kepada Allah.

Dan jangan lupa, ikhlaskan NIAT!

 

 

Ekstrak daripada kertas kerja Thaqafah Pengamal Perubatan; Satu Keperluan, oleh Mohd Asri Mat Daud, seminar PERUBATAN kali pertama. Artikel ini telah disiarkan dalam TIBBians edisi ke-10.


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru