Stickers

Click here to join perubatan_mesir
twitter
youtube
facebook
YM

alex
mansoura
tanta
zaqziq

Who's Online


Written by Hani Izzati Yaakub Tuesday, 31 August 2010 11:19
Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

 

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Bersama-sama kita memanjatkan rasa syukur atas nikmat dan Islam, seterusnya nikmat kemerdekaan kali ke-53 yang telah Allah limpahkan kepada Negara kita. Nikmat kemerdekaan yang selama ini kita kecapi seharusnya kita gunakan untuk meningkatkan kualiti diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar patuh kepadanya, ditambah pula perayaan sambutan kemerdekaan kali ini jatuh pada sepuluh malam yang terakhir, masa di mana kita sebagai hamba mengejar apa yang disebut oleh Allah sebagai malam Lailatul-Qadr, malam seribu bulan.  Tema yang diperkenalkan pada tahun ini, 1Malaysia Menjana Transformasi, haruslah dihayati oleh seluruh warga PERUBATAN melaksanakan transformasi diri, keluarga, masyarakat dan Negara secara total meliputi aspek fizikal, rohani, pemikiran, pendidikan dan pendekatan sebagai warga merdeka.

Kemerdekaan yang kita kecapi semenjak tahun 1957 haruslah dilihat bukanlah daripada aspek pembebasan fizikal negara kita daripada cengkaman penjajah semata. Ini kerana, bagi sebuah negara yang berdaulat, identitinya yang unggul bebas daripada pengaruh kuasa orang lain, unggul dalam menentukan dasar perlembaggan negara, ditambah dengan kebijaksaan pimpinan negara dalam mentadbir urus negara. Merdeka yang kita kecapi haruslah bermula dengan pembebasan negara kita daripada sebarang pengaruh kuasa asing meliputi aspek pemikiran, fizikal, cara pemerintahan, perlembagaan, sosial, gaya hidup bahkan jiwa kita daripada berkiblatkan Barat dan penjajah. Dunia hari ini jelas menunjukkan bahawa negara-negara bekas jajahan semakin hari semakin hilang identiti asalnya, malah lebih buruk keadaanya berbanding ketika negara dijajah. Keadaan ini tidak terkecuali berlaku di negara kita, di mana majoriti masyarakat kita di Malaysia lebih mementingkan pembangunan material berbanding pembangunan jiwa dan spiritual manusia, menjadikan mereka menjadi hamba kepada manusia seterusnya menjadi liabiliti kepada negara menyelesaikan masalah-masalah sosial yang kian menjadi-jadi.

Written by Muhammad Husaini Salleh Friday, 13 August 2010 06:01
Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

"Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan oleh orang-orang sebelum kamu supaya kamu tergolong di kalangan mereka yang bertakwa." Al-Baqarah:183

Menemui seluruh warga PERUBATAN agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipenuhi petunjuk Allah Taala bagi menempuhi bulan Ramadan yang mulia ini.

Alhamdulillah, kesempatan yang cukup berharga apabila sekali lagi lagi kita berkesempatan menemui bulan Ramadan, bulan yang cukup bertuah, bulan Ibadah,b ulan AL-Quran dan bulan Lailatul-Qadar.

Written by Syafiq Bin Hamdani Tuesday, 20 July 2010 10:22
Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail
User Rating: / 3
PoorBest 

Assalamualaikum W.B.T

Kepada ahli PERUBATAN sekalian, bagi menyambut kedatangan musim panas yang penuh dengan kegembiraan, sama ada anda menyambutnya di Malaysia mahupun di Mesir, di pihak Biro dan Unit Penerbitan dan Penerangan telah menyediakan satu blog khas bagi menjadi rujukan kepada seluruh ahli PERUBATAN berkenaan mana-mana program yang dianjurkan di sekitar Mesir

Program ini sama ada dianjurkan di Mesir oleh PERUBATAN, PERUBATAN Cawangan, Badan Kebajikan Anak Negeri,Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) mahupun di Malaysia oleh PERUBATAN sendiri.

Justeru, dijemput kepada pelajar PERUBATAN untuk melayari blog di laman berikut:

http://summer.perubatan.org/2010/

sebagai rujukan aktiviti di Musim Panas. Kami ucapkan dan mendoakan agar seluruh ahli PERUBATAN dapat menggunakan setiap masa lapang dengan perkara yang baik dan berfaedah. Ingatlah pesan hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

Daripada Ibnu Abbas Radiallahu Anhuma berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W, terdapat 2 nikmat yang kebanyakan manusia sering lupakan iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang

(Riwayat Imam Bukhari)