Stickers

Click here to join perubatan_mesir
twitter
youtube
facebook
YM

alex
mansoura
tanta
zaqziq

Who's Online


Kenyataan Rasmi Pilihanraya Dan Masyuarat Tahunan PERUBATAN

Attention: open in a new window. PDFPrintE-mail

Kenyataan - Umum

User Rating: / 0
PoorBest 

 

 

Assalamualaikum w.b.t

Mesyuarat AJKT PERUBATAN Pusat bertarikh  6 Oktober 2009 sebulat suara memilih untuk melanjutkan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERUBATAN ke bulan Februari atau Mac tahun hadapan. Anjakan luar biasa yang dilakukan ini tidak bertentangan dengan perlembagaan PERUBATAN yang menggariskan bahawa tempoh untuk berlakunya Mesyuarat Agung Tahunan adalah sehingga bulan Mac. Kenyataan ini sekaligus menjadikan tempoh perkhidmatan AJKT PERUBATAN Pusat  sesi 2008/2009 menjangkau ke tahun 2010.

Isu ini telah dibincangkan di peringkat AJKT Pusat sebanyak 3 kali termasuk beberapa kali undian. Pada  masa yang sama, perbincangan antara Majlis Tertinggi Pusat dan Cawangan turut berlaku.

Setelah pertimbangan dibuat dengan mengambil kira kelebihan dan kekurangan pelaksanaan sistem baru ini, keputusan telah diambil atas sebab-sebab yang bakal diterangkan di bawah.

Latarbelakang

Isu ini telah dibangkitkan beberapa kali  dalam Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT) yang terdahulu.

Cadangan ini pernah dibawa ke dalam perbincangan barisan kepimpinan lepas (2007/2008) namun ditolak kerana waktu yang agak suntuk ketika itu.

Berdasarkan perlembagaan PERUBATAN, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) perlu berlangsung sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal daripada MAT (Fasal 22 ; Perkara 1) dan Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC) perlu dilantik sekurang-kurangnya 15 hari sebelum MTC (Fasal 22 ; Perkara 2). Justeru, cawangan menjadi tergesa-gesa dalam merancang serta melaksanakan Pilihanraya Cawangan  dan Mesyuarat Tahunan Cawangan, menyebabkan MTC dijalankan dalam keadaan terhimpit dengan program-program dan urusan-urusan lain yang lebih penting terutamanya urusan-urusan yang melibatkan pelajar-pelajar  sesi baru pengajian.

Kesannya, AJKT diperingkat cawangan dan juga pusat hilang fokus untuk menyelesaikan urusan pelajar-pelajar baru yang semakin ramai, program-program yang telah disusun, dan ditambah lagi dengan bebanan persediaan untuk menghadadapi MAT dan MTC.

Selain itu, MAT yang menjadi noktah peralihan kuasa tidak memberi ruang waktu yang cukup kepada pimpinan PERUBATAN Pusat yang baru untuk merancang perjalanan sesi tersebut dengan baik kerana dibuat pada akhir bulan November. Kita sedia maklum bahawa pada bulan Disember segala aktiviti bersifat persatuan harus ditangguhkan untuk memberi laluan kepada peperiksaan pertengahan tahun.



Implikasi Perlaksanaan Sistem Baru.


Memberi ruang kepada cawangan untuk mengadakan MTC dengan lebih teratur mengambil kira peningkatan ahli yang semakin ramai sejak akhir-akhir ini.

Penyusunan portfolio yang lebih awal membolehkan MAT berlangsung dibawah keprihatinan serius AJKT sesi baru. Ini dapat memastikan segala usul, kritikan dan cadangan ketika MAT diambil berat untuk digunakan pada sesi berikutnya.

Memberi waktu kepada AJKT baru untuk memahami dan merangka gerak kerja sebelum diisytiharkan secara rasmi pada MAT.

Perancangan untuk musim panas dan penggal kedua sesi tersebut dapat dibuat dengan lebih kemas memandangkan waktu tersebut adalah dipertengahan sesi perkhidmatan. 

Perancangan Akhir Sistem Sesi Tahunan PERUBATAN (Pusat dan Cawangan-cawangan) bagi sesi 2008/2009 dan seterusnya

1. Tarikh cadangan ;    

  • Pilihanraya PERUBATAN 09/10 : November 2009 / Disember 2009
  • MAT-7 : Februari 2010 atau Mac 2010

2. Pelaksanaan

  1. Selepas sahaja keputusan pilihanraya diperoleh, keputusan tersebut terus diumumkan kepada ahli PERUBATAN.
  2. Jawatankuasa PERUBATAN yang baru diumumkan boleh memulakan mesyuarat gerak kerja dan perancangan untuk sesi pimpinan 10/11, tetapi tiada kuasa untuk mengubah atau memutuskan sesuatu sebelum tarikh MAT-7 diadakan. (rujuk Perlembagaan PERUBATAN; Fasal X (Mesyuarat Agung Tahunan) dan Fasal XII (Pemilihan Jawatankuasa PERUBATAN)
  3. Pimpinan PERUBATAN 08/09 masih meneruskan gerak kerja seperti biasa sehingga tarikh MAT-7, di mana pada tarikh tersebut  pimpinan PERUBATAN 08/09 akan dibubarkan, dan pimpinan 10/11 akan dilantik secara rasmi.
  4. Pada MAT-7, pimpinan PERUBATAN 10/11 yang baru akan ;-
    • Mengambil perhatian sepenuhnya terhadap isu-isu yang dibincangkan oleh ahli serta keputusan undian yang dibuat.
    • Mencatatkan cadangan-cadangan yang diutarakan oleh ahli.
    • Membentangkan perancangan tahunan, cadangan dan perkembangan terkini PERUBATAN untuk diambil perhatian oleh ahli PERUBATAN.
    • Berusaha sedaya-upaya untuk menyelesaikan segala masalah yang dibincangkan, dan melaksanakan cadangan dan perubahan yang dirasakan perlu selepas MAT-7 tersebut.
  5. Cawangan PERUBATAN bebas untuk memilih tarikh yang sesuai, samada membuat pilihanraya dan MAT pada bulan 10 seperti sebelum ini, atau memilih tarikh baru selagi tidak melanggar perlembagaan PERUBATAN (Fasal XXII:Mesyuarat Tahunan Cawangan).
 
BILTARIKH PROGRAM
 1 Julai, Ogos & September 2009 ‘Enjoy The Summer’ (cuti musim panas)
 2 Oktober 2009
 Sambutan hari raya puasa
 3 September/Oktober 2009

 PSMB

 Sesi kuliah bermula

 4 November 2009 / Disember 2009
 Pilihanraya PERUBATAN Pusat dan Cawangan
 5 27 & 28 November 2009 Sambutan Hari Raya Korban
 6 18 Disember 2009 (1 Muharram 1431H) Maal Hijrah dan segala program berhenti (persediaan  peperiksaan pertengahan tahun)
 7 November 2009 - Januari 2010 Cadangan MTC bagi cawangan
 8 Disember & Januari 2010 Peperiksaan bagi Kaherah, Mansurah dan Zagaziq
 8 Februari 2010

 Cuti musim sejuk

 Peperiksaan Iskandariah dan Tanta

 10 Februari / Mac 2010 MAT-7
 11 Awal April 2010 Program motivasi dll
 12 10 April 2010 Segala program diberhentikan
 13 Mei – Jun 2010 Peperiksaan akhir
 14 Julai, Ogos & September 2010 Enjoy The Summer’ (cuti musim panas)
 15 9 / 10 September 2010 Hari Raya Puasa (sambutan diadakan sebelum 7/8 Oktober = 30 Syawal 1431H)
 16 Oktober 2010

 PSMB

 Sesi kuliah bermula

 17 November 2010 Pilihanraya
 18 16 November 2010 Sambutan Hari Raya Korban
 19 18 Disember 2010 Segala program berhenti
 20 November  2010 & Januari 2011 Cadangan MTC bagi cawangan(terutamanya PCI & PCT)
 21 Januari 2011 Peperiksaan bagi Kaherah, Mansurah dan Zagaziq
 22 Februari 2011

 Cuti musim sejuk

 Peperiksaan Iskandariah dan Tanta

 Cadangan lain MTC bagi PCM & PCZ

 23 Akhir Februari / awal Mac 2011 MAT-8

 

Harapan

Kami di pihak AJKT PERUBATAN Pusat dan Cawangan-cawangan berharap agar dengan perubahan sistem baru ini akan memantapkan lagi pentadbiran PERUBATAN pada masa akan datang. Kami juga berharap agar setiap ahli dapat memberikan kerjasama dan komitmen tertinggi kepada PERUBATAN. Di samping itu, kami juga amat mengharapkan teguran atau kritikan yang membina daripada ahli sekalian demi untuk kepentingan bersama di masa akan datang.

Kita tidak boleh menjangka masa depan, tapi kita boleh merancang untuk mencapai yang terbaik. Semoga perubahan  ini menjadi mekanisme terbaik untuk mengatasi kelemahan-kelemahan sebelum ini, seterusnya memacu PERUBATAN meneruskan aspirasi merealisasikan harapan untuk menggungguli  kecemerlangan mengerat kebersamaan.



Mengungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan

Taqwa, Syifa', Rahmah

Disediakan oleh,

Saudara Ahmad Wafi bin Arshad,
Presiden Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)

Ahli-ahli Jawatankuasa PERUBATAN Pusat.





Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.