You are here: Cetusan Idea | Minda Pimpinan | Rumah Pragmatik

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Rumah Pragmatik

E-mail Print PDF
dihantar oleh AhmadArdy
User Rating: / 0
PoorBest 

lepakLebih daripada 80% masa seharian kita dihabiskan di rumah. Rumah bukan hanya dilihat sebagai tempat untuk kita rehat, tidur, dan makan. Malah, fungsi rumah yang sebenarnya adalah jauh lebih besar dari sangkaan kebanyakan orang. Benarlah, kata pujangga; “Jika kita ingin melihat sejauh mana kehebatan seseorang itu, ziarahlah ke rumahnya dan tidur untuk semalam. Lihat apa yang dilakukan dan lihat bagaimana keadaan di rumahnya

RUMAH sebagai Pusat Tarbiyah dan Dakwah

Semestinya kita tahu akan fungsi utama rumah Abu Abdillah al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Rumah al-Arqam telah diwaqafkan khusus sebagai pusat ilmu sewaktu zaman Rasulullah s.a.w ketika itu. Sekarang, bawakan konteks ini ke dalam persekitaran kita. Adakah kita pernah mengadakan halaqah di ruang tamu rumah ? Adakah pernah kita mengajak para sahabat yang lain bertandang ke rumah kita, atas niat mengadakan majlis ilmu? Persoalkan diri kita, apakah rumah kita setanding dengan rumah para Sahabat yang menjadi pusat ilmu dan tazkirah ? Dan apakah rumah kita mempunyai nilai dalam medan dakwah? Jika tidak, mulakan langkah pertama kita dengan mentarbiyah diri dan ahli rumah yang lain. Hidupkan pagi dengan bacaan Al-Ma’thurat, malam dengan qiyamulail, dan bersama-sama ke masjid sebaik sahaja azan dilaungkan. Kemudian, ambil sedikit masa untuk bergilir-gilir memberikan tazkirah ringkas. Usaha-usaha sebegini perlu dipupuk bagi menimbulkan biah sholehah dalam rumah itu sendiri, tempat lahirnya rijaluddeen sejati (termasuk juga akhawat solehah). 

 RUMAH sebagai Pusat Menjalin Ukhuwwah

“Jom datang ke rumah ana”
“Tak apalah, ana segan dengan anta”
Takpe je, bukan selalu”

Biasa dengar ?. Rumah merupakan tempat untuk sesama rakan bertemu, berbual, dan bertukar khabar gembira. Di situ jugalah tempat kita mengukir kenangan bersama kawan-kawan, sebagai pengganti ahli keluarga kita nun di Malaysia. Rumah sepatutnya dicorakkan dengan warna gurau senda, ukiran senyuman, dan perhiasan ukhuwwah yang mapan. Jangan kita jadikan rumah semata tempat duduk, mengulangkaji pelajaran, dan tidur. Sungguh malang jika kita tidak menjadikan rumah kita sebagai pusat jalinan ukhuwwah. Ajaklah kawan-kawan untuk datang ke rumah kita dan layanlah mereka sebaik yang mungkin. Sepertimana sabda Rasulullah saw ;

“ Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhirat ,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya”. 
( riwayat Muslim )

Malah, al-Quran telah merakamkan kisah Nabi Ibrahim a.s. dan sikap baginda yang sangat memuliakan tetamu :

Sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim,dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata : “Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)” Nabi Ibrahim menjawab : “Salam sejahtera kepada kamu” Maka tidak berapa lama selepas itu, dia menghidangkan jamuan untuk,seekor anak lembu yang dipanggang 
( Surah Hud ; 69 )

 RUMAH sebagai Tempat Beristirehat

Apabila kita pulang dari kelas ataupun mesyuarat persatuan, kita pasti penat. Ketika itulah, mula terbayang air yang sejuk dari peti ais dan katil yang empuk. Tetapi, alangkah malangnya jika imaginasi kita itu hancur punah dengan keadaan rumah yang bersepah, baju yang berterabur di atas katil, cawan dan pinggan yang tidak berbasuh. Lebih-lebih dengan tong sampah busuk di tepi singki itu. Daripada sedar kemudian bengang, beban kita bertambah lambak. Ini bermakna, rumah kita gagal menjadi tempat ‘rawatan’ fizikal dan mental yang baik untuk kita, sebaliknya, rumah kita telah menjadi tempat ‘seksaan’ rohani dan jasmani. Buatlah jadual mingguan bersama ahli rumah samada memasak, basuh pinggan mangkuk, sapu sampah, dan lain-lain. Jika semua kerja dapat dibahagikan dengan sistematik dan sama rata, dengan izin Allah rumah kita akan menjadi lebih bersih, kemas, dan tersusun. Siapa takkan tenang ?

rumah-kampung

Fungsi rumah perlu dilihat secara total. Aspek praktikaliti perlu dipertimbangkan apabila menyelenggara rumah. Juga usaha memupuk budaya yang sarat dengan ruh Islam dalam rumah kita perlu diberi adaptasi. Jika kita hanya lihat rumah hanya sebagai tempat persinggahan ataupun ‘R&R’ sahaja, rumah kita tidak akan dapat hidup dengan suasana yang baik. Ibarat ruh yang mendambakan jasad. Jadi, marilah kita sama-sama menjadikan ‘baiti jannati’ sebagai suatu realiti dan bukan bual kedai kopi.

Info Penulis

Muhamad Syazni b. Mohamad Asraff merupakan mahasiswa kuliah perubatan di Universiti Mansurah. Beliau merupakan ketua unit perumahan PERUBATAN cawangan Mansurah.


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

Comments  

 
# AzharElDin 2012-06-10 17:40 Salam.. ayat quran tu silap sket..

"Ikatan ukhuwwah Islamiah yang erat dan kukuh dalam kalangan umat Islam merupakan elemen yang amat penting ke arah merealisasikan visi dan misi perpaduan ummah.."

ni bukan ayat quran.. :-)
 
 
+2 # Ahmad Ardy 2012-06-10 20:58 Quoting AzharElDin:
Salam.. ayat quran tu silap sket..

"Ikatan ukhuwwah Islamiah yang erat dan kukuh dalam kalangan umat Islam merupakan elemen yang amat penting ke arah merealisasikan visi dan misi perpaduan ummah.."

ni bukan ayat quran.. :-)


Asif giddan. Ni bukan silap penulis, silap editor. Sudah diperbetulkan. Shukran di atas teguran
 

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru