You are here: Cetusan Idea | Kreatif | Puisi: Pautan Kasih Abadi

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4! Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Puisi: Pautan Kasih Abadi

E-mail Print PDF
dihantar oleh adzim
User Rating: / 1
PoorBest 

ibu

Bonda,
Tika kau melahirkan aku ke dunia,
Pabila kudahagakan kasih suci saljumu itu,
Kau membelaiku dengan penuh manja dan tawa,
Mengukir secangkir senyuman indah ibarat kata,
Tulus ikhlas tanpa sebarang nista dan dusta,
Hanya kerana aku bergelar anakmu sahaja.


Saban hari,
Tiap tika yang dilalui,
Tiap saat yang dibatasi,
Tiap bait puitis yang ku dengari,
Kau pintalkan awan gemawan kasih buatku,
Kau luhurkan gemala sakti terpilih kepadaku,
Kau jalinkan masnawi terindah untukku,
Melakari warna citra cinta terindah hidupku.


Inginku ucapkan kalimah seindah, semanis senyumanmu itu,
Sayugia aku masih bernafas di bumi Tuhan yang maha Satu,
Lantaran hayat ini hanya seketika hendakNya seperti dahulu,
Bukti kasihku kepada bondaku yang satu,
Kaulah Ratu Hidupku, Ibuku...

Nukilan seorang hamba ALLAH,
Pelajar tahun 4 perubatan, Universiti Kaherah.


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru