You are here: Cerna Minda | Sains | Multiple Sclerosis (MS)

Makluman

Kami telah berpindah ke PERUBATANonline v4!

Laman v3 ini secara rasminya telah diarkibkan sebagai bacaan rujukan sahaja.

 asdas

Multiple Sclerosis (MS)

E-mail Print PDF
dihantar oleh adzim
User Rating: / 1
PoorBest 

Tahukah anda bahawa minggu ini (14-20 March) sedang berlangsung sebuah kempen kesedaran tentang penyakit Multiple sclerosis (MS) dianjurkan oleh National Multiple Sclerosis Society dengan tema MS: What does MS= to you? dengan objektif - Dunia bebas daripada MS (A World Free of MS).

Apa itu MS?

Multiple Sclerosis (MS) adalah sejenis penyakit autoimunisasi yang menyerang saraf pusat [otak dan sumsum tulang belakang (spinal cord)].

MS berpunca disebabkan oleh kerosakan myelin iaitu selubung pelindung yang mengelilingi saraf pada sistem saraf pusat.

Myelin adalah sejenis lemak (lipid) yang melindungi saraf, berfungsi seperti lapisan pelindung pada kabel elektrik dan memudahkan saraf untuk menghantar impulsnya dengan cepat. Kepantasan dan kecekapan penghantaran impuls inilah yang memungkinkan sebuah gerakan tubuh yang halus, cepat,dan terkoordinasi dilakukan hanya dengan sedikit tindakan.

Pada MS, kerosakan myelin (demyelinasi) menyebabkan gangguan kemampuan serabut saraf untuk menghantarkan ‘pesan’ ke dan dari otak, yang pada akhirnya menghasilkan berbagai macam gejala MS. Lokasi terjadinya kerosakan myelin (plak atau lesi) seolah-olah sebagai kawasan (parut / luka) yang mengeras. Parut-parut atau luka-luka ini terbentuk pada otak dan tulang belakang pada tempoh waktu dan kawasan yang berbeza. Secara kasarnya, istilah Multiple Sclerosis sendiri membawa maksud banyak luka atau parut.

17089

Gejala-Gejala MS

1-Gangguan penglihatan (visual disturbances) seperti :

* Penglihatan kabur
* Penglihatan berganda / berbayang (diplopia)
* Ketidakselesaan pada mata (eye discomfort)
* Gerakan mata yang tak terkawal
* Buta sepenuhnya (sangat jarang terjadi)

2- Gangguan keseimbangan dan koordinasi seperti :

* Hilang keseimbangan tubuh
* Menggigil/gementar (tremor)
* Ketidakstabilan berjalan (ataxia)
* perasaan sedang berpusing (vertigo)
* Kaku/kejang anggota badan
* gangguan koordinasi

3- Perubahan rasa (sensation changes)

* Perasaan dicucuk
* Kebas (paraesthesia)
* Perasaan seperti terbakar

4- Gangguan percakapan

* Percakapan menjadi lambat
* Perubahan nada
* Sukar mengunyah dan menelan (dysphagia)

5- Keletihan yang berlebihan

* Perasaan lemah dan letih yang datang tidak terduga dan tidak sepadan dengan aktiviti yang sedang dikerjakan. Keletihan yang berlebihan ini adalah gejala penyakit MS yang paling umum (dan yang paling menyusahkan).

6- Gangguan pundi kencing dan usus besar

* Gangguan pundi kencing meliputi: sering buang air kecil, tidak dapat buang air kecil secara lancar atau sukar menahan air kecil.
* Gangguan usus meliputi: sembelit dan kadang-kadang cirit-birit.

7- Masalah Seksual

* Kurang kemampuan seksual (impotent)
* Keghairahan (libido) berkurang

8- Sensitif terhadap panas

* Gejala-gejala semakin teruk dengan udara panas

9- Gangguan Kognitif dan Emosi

* Kehilangan memori jangka pendek
* Hilang tumpuan / konsentrasi, sukar membuat penilaian serta menyelesaikan masalah.

Rawatan

Masih tiada rawatan setakat ni. Walaubagaimanapun, terdapat terapi untuk melambatkan merebaknya penyakit ini. Sasaran rawatan ialah untuk mengawal simptom dan membolehkan pesakit hidup secara normal.

1- Antara ubat-ubatan yang melambatkan penyakit MS untuk jangka masa panjang:

*Interferons (Avonex, Betaseron, or Rebif), glatiramer acetate (Copaxone), mitoxantrone (Novantrone) dan natalizumab (Tysabri)
*Fingolimod (Gilenya )
*Methotrexate, azathioprine (Imuran), intravenous immunoglobulin (IVIg) and cyclophosphamide (Cytoxan) mungkin digunakan jika ubat diatas tidak berkesan dgn baik.
*Steroid mungkin digunakan untuk mengurangkan keseriusan serangan.

2- Ubatan mengawal simptom-simptom:

*Ubat untuk mengurangkan kekejangan otot (muscle spasms) seperti Lioresal (baclofen), tizanidine (zanaflex) atau benzodiazepine.
*Ubat kolinergik (cholinergic) untuk mengurangkan masalah buang air kecil.
*Ubat penenang (antidepressant) untuk menangani sikap bermasalah.
*Amantidine untuk keletihan.

Tip-tip berikut mungkin membantu pesakit MS:-

*Terapi fisikal, percakapan,pekerjaan dan kumpulan sokongan
*Alat pembantu pesakit seperti kerusi roda, kerusi mandi, pejalan kaki dan peninggi katil (bed lifts)
*Rancang senaman ketika penyakit masih di tahap awal.
*Gaya hidup yang sihat, pemakanan seimbang dan rehat yang mencukupi.
*Elakkan keletihan, tekanan, suhu melampau dan penyakit lain.

Komplikasi

-Tekanan perasaan
-Sukar untuk menelan (dysphagia)
-Sukar untuk berfikir
-Kurang penjagaan diri
-Osteoporosis
-Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
-Kesan sampingan ubatan yang digunakan untuk rawatan MS.

Sebagai golongan pengamal perubatan yang aktif, seharusnya menyokong usaha-usaha yang dijalankan oleh badan bukan kerjaan(NGO), persatuan, dan aktiviti kemasyarakatan.

Seandainya tidak mampu untuk menyertai aktiviti tersebut, sekurang-kurangnya mengetahui agenda atau tujuan disebalik program tersebut.

 

Sumber:

Multiple Sclerosis Awareness week

PubMed Health

Multiple Sclerosis International Federation (MSIF)


Banner



Jangan lupa sebarkan artikel ini kepada kenalan anda sekiranya ia bermanfaat:

You cant comments here. Please Login or Register.

Berita Hangat

Artikel Popular

Komen Terbaru